Connect with us

Artis / Selebriti

” Pecah perut aku ketawa. Tak boleh bawa Mr E masuk game show gini. Confirm kalah awal-awal, haha.. ” – Komen Netizen

Video Erra Fazira dan Ezwan Zain bermain game menyambung perkataan dan membina ayat buat warganet terhibur. Adui lawak lah, Mr E banyak kali blur kali ni. Naik geram tengok, haha..

Pasangan pengantin yang masih menjadi perbualan ramai, Erra Fazira dan Ezwan Zain sentiasa kelihatan sweet apabila bersama. Keserasian antara mereka membuatkan peminat turut tumpang bahagia melihatnya. Ini juga tahun pertama Erra dan Ezwan menyambut hari raya bersama sebagai suami isteri.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram MeleToP, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan Erra dan Ezwan bermain permainan yang diberi nama ‘ Sambung perkataan dan bina ayat’. Ini merupakan permainan yang sering dimainkan oleh Gen Z masa kini.

Erra memang up to date dengan games sebegini, namun tidak untuk Ezwan. Beberapa kali percubaan, Ezwan masih lagi keliru dengan cara menyambung perkataan. Tergelak Erra melihat telatah Ezwan itu. Warganet juga terhibur mendengar perkataan yang diucapkan oleh Ezwan dan Erra untuk menyempurnakan permainan tersebut.

Pelbagai perkataan yang keluar yang menggeletek hati warganet. Walaupun Ezwan nampak blur, sempat juga Ezwan mengenakan Erra. Nakal sungguh suami tercinta Erra ini. Senda gurau pasangan ini seronok dilihat dan membuatkan warganet terhibur.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini telah pun mendapat perhatian warganet dan rata-ratanya terhibur dengan gelagat Erra dan Ezwan itu. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Adui lawak betul 2 ketul ni haha.. Weh. Sumpah baran dengan kau ni do ezwanzain. esok datang rumah aku ajar haha.. “

” Tolong la faliq, tolong ajar mr e ni. Teruk sangat dah tu haha.. Stress gak tengok. apo begitu begini tu banggg.. “

” Haha adui tergelak kita, paling sweet couple.. tak boleh bawa masuk game show gini.. kompom kalah awal-awal haha.. “

” Redha je lah kak Erra haha.. lawaklah mereka berdua ni. Pikir kan situasi tapi tetap juga tak paham nak sambung. haha blur sangat mr e kali ni.. “

” Mr E still speechless ke tu tgk Ms E terus blur tak tau nak ckp apa.. Malam Semalam Karipap Apam Begitu Begini…klako la 2 ketui ni.. “

” Bagi je Mr E main batu seremban…. mainan gen z ni bukan mainan dia haha.. sampai siang tak habis habis games ni nampak gayanya haha.. “

” Kelakar tahap dewa, pecah perut aku ketawa. Adoi lawak lah korang ni Ezwan Erra. Sumpah lawak.. Ezwan hang lurus sangat weyshh dan luruih naa.. “

” Betul la apa Aleesya cakap. “Saya tidak pernah melihat mom ketawa seperti mana yang Uncle Ezwan lakukan”… serius lawak mr e ni.. berbeza tapiii serasi tulah game yang sebenar dalam meraikan PERBEZAAN.. “

Sampai ke sudah Ezwan tetap keliru macam mana hendak menyambung ayat. Bak kata Erra, dia menang dan Mr E kalah. Ramai yang terhibur melihat gelagat pasangan ini bermain game. Semoga selepas ini ada banyak perkongsian seperti ini lagi.

Silakan SHARE..

Sumber : IG  Meletop 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Sampul Duit Raya

Trending

Copyright © Berita Kopak