Artis / Selebriti
” Pecah perut aku gelak, PS Mansur tu dah la melatah teruk. Nasib baik tak masuk dalam mulut brush tu.. ” – Komen Netizen

Video Gelagat Merqeen Menyakat PS Mansur Melatah Buat Warganet Terhibur. Amboi Merqeen, Dah Macam Guru Vocal Conduct PS Mansur Nyanyi Lagu Aina Abdul. PS Mansur Pun Melatah Teruk, Lagi Seronok Lah Merqeen Mengusik !!
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Daxvilo, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan gelagat pelakon kacak, Merqeen bersama makeup artis, PS Mansur. Sebut sahaja nama PS Mansur, pasti ramai yang tahu jejaka ini seorang yang kuat melatah dan pantang diusik.
Merqeen yang mesra dengan semua di set penggambaran menyakat PS Mansur dan ini membuatkan warganet terhibur melihat aksi mereka berdua. Menerusi video tersebut, Merqeen membuat miming menyanyikan lagu popular oleh Aina Abdul berjudul Terus Hidup.
PS Mansur pula menjadi-jadi latahnya dan terikut apa yang dilakukan oleh Merqeen. Bukan hanya Merqeen seorang sahaja yang meniru lagak Aina menyanyi tetapi PS Mansur juga sama. Gelak besar Merqeen melihat PS Mansur melatah bersungguh-sungguh seperti itu.
Ramai di kalangan warganet yang mengatakan Merqeen itu peminat setia Aina Abdul. Ini kerana Merqeen mengetahui semua part dalam lagu Aina itu. Tambahan pula sebelum ini Merqeen pernah menyanyikan salah satu lagu Aina yang bertajuk Sepi di hadapan ramai.
Jom tonton video di bawah :
@daxvilo Gelagat @meerqeen mengusik @psmansur sambil miming lagu Terus Hidup oleh Aina Abdul 😂 #meerqeen #psmansur #ainaabdul #terushidup . Vid credit igs heyyzulkhairul
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Aku rasa meerqeen ni minat aina lah jugak tapi dia bukan jenis show kot.. Merqeen ni hard fans sangat ekk.. ”
” Part yang ‘rasaaaa’ tu, dia tarik macam Ziana Zain siot.. Meerqeen da boleh join Aination. haritu nyanyi lagu sepi hehe.. ”
” Make up artis tu dah laa melatah teruk.. lagi seronok la meerqeen mengusik haha.. meerqeen suka usik org yg melatah.. ”
” Merqeen hafal ye step2 and riff runs aina. Aination betul.. Ritu nyanyi lagu sepi boleh dia hafal weh.. ”
” Haha pecah perut aku gelak haha.. merqeen kenakan betul-betul eh ps mansur.. Dia ajak skli psmansur jadi aination.. ”
” Haha part tangan dia suruh naik turun tu, memang hafal betul ni merqeen. Comel merqeen ni, ps mansur pun terbahak aku tengok.. kelakar la diorang ni.. ”
” Nasib baik tak masuk dalam mulut brush tu haha.. bab menyakat bagi dekat Merqeen la.. dan dan jadi guru vokal.. lawak lah tengok merqeen dengan psmansur ni.. ”
Gelagat Merqeen dan PS Mansur itu mencuit hati ramai. Sseorang kaki latah, seorang lagi suka menyakat, memang happening lah di set penggambaran jadinya. Apa-apa pun, ini hanyalah sekadar hiburan semata-mata dan semoga pembaca juga turut terhibur.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Daxvilo
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Mula ada rasa tu di perjumpaan yang ke berapa ? ” – Chiwan
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” First time tengok bacheloratte diisi dengan usrah. Ni baru betul kahwin kerana Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen