Connect with us

Artis / Selebriti

” Patutlah sahur manis-manis, ada bunga menemani.. ” – Komen Netizen

Video Boss James sedang bersahur raih perhatian ramai. Rupanya ada peneman istimewa menerusi panggilan video. Patutlah tersengih lain macam je. Semangat sungguh Boss James puasa tahun ni..

Suasana sahur tahun ini terasa sedikit berbeza buat Boss James apabila menerima panggilan istimewa daripada personaliti TV, Hawa Rizwana. Dalam panggilan tersebut, Hawa sempat mengucapkan selamat berpuasa kepada Boss James.

Menurut Boss James, panggilan itu benar-benar menaikkan semangatnya untuk mencuba berpuasa penuh tahun ini. Tahun lepas Boss James berjaya berpuasa 24 hari sahaja. Ada beberapa hari yang tak dapat dielakkan. Tetapi tahun ini dia ingin mencuba cukup 30 hari.

Walaupun berlainan agama, Boss James tetap ingin cuba berpuasa. Dia berkongsi menu bersahur yang diamalkannya agar kekal bertenaga sepanjang hari. Tambahan pula, tahun ini mendapat sokongan daripada seseorang teman yang istimewa.

Boss James juga sempat menitipkan kata-kata agar dirinya terus istiqomah untuk berpuasa sebulan. Nampak lain macam kesungguhan tahun ini. Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :

” Selamat berpuasa Hawa! Eh silap, Jamesssss  Haha! You can do it.. Saja jee pepagi puase pertama ni nk sweet2 kn .. lepas raya blh nikah doh.. “

” Semoga diberikan ketabahan, kesabaran dan kekuatan dlm menempuh bulan Ramadhan. Byk kan berdoa. Pagi² saya dah sengeh². Alhamdullilah a good start today.. “

” Cehhh ingatkan nak tolong apa selamat berpuasa boss james . This is amazing! Semoga dipermudahkan. Keep spreading positivity James!.. “

” Tahun nie mesti bossjames___ dapat puasa penuh. . Ptut la sahur manis2..ada bunga menemani.. dia ckp sahur makan protein, cornflakes, susu, cherry tomatoes..tang mna yg manis.. “

” Boss James, saya rasa u orang yg sangat baik dan positif. Selamat berpuasa, semoga kita semua dapat puasa penuh dan manfaatkan Ramadhan dengan banyak ibadah.. “

” Senang jer arahan dia.. “tolong”….  Baru 6.54pg ni aku da senyum sorg2 depan screen. Selamat berpuasa semua . Wah Boss James grng saya pun sama sahur simple . Herbalife shake protein tadi.. “

” Ala so Sweetnya pepagi ni Tau.. hehehe… sesubuh je dah bersemut ni… Hahaha… selamat berpuasa bos James.. Boss james dh kick dr lelaki2 single malaysia.. “

Hawa sempat meninggalkan komen pada posting ini :

Dengan dorongan serta ucapan istimewa daripada Hawa Rizwana, Boss James nampak lebih berkeyakinan untuk berpuasa penuh. Semoga usaha dan niat murni Boss James dipermudahkan untuk berpuasa selama sebulan. Good Luck..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Boss James

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Sampul Duit Raya

Trending

Copyright © Berita Kopak