Connect with us

Artis / Selebriti

” Part tali beg kat atas kepala tu, tak boleh tahan betul lah.. ” – Netizen

Gaya Penampilan Elly Mazlein Yang Berbeza Daripada Selalu Raih Perhatian Ramai. Gaya Rambut Tu Nampak Sesuai Sangat Dengan Kak Lina Pom Pom !!

Menerusi akaun Instagram Elly Mazlein, perkongsian sebuah video Elly yang tampil dengan gaya yang berbeza daripada selalu telah meraih perhatian ramai. Penampilan Elly ini adalah untuk program Sepahtu Reunion 2023 yang bersiaran di Astro Warna.

Elly tampil dengan gaya rambut pendek dan mengenakan kemeja kotak-kotak serta berseluar berperwatakan seperti tomb0y. Gaya Elly ini juga diperkatakan seperti seorang rocker pada era 90 an. Malah kapsyen yang ditulis Elly turut menghiburkan dengan membahasakan dirinya sebagai Z.

Elly menjadi artis jemputan untuk episod Sepahtu Reunion pada minggu ini. Kemunculan Elly untuk episod kali ini membuatkan lebih ramai terhibur dengan lawak yang tidak kering gusi. Apabila Elly bergabung bersama Sepahtu sememangnya menjadi.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 6 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Apa sahaja watak yang dibawa oleh Elly selalunya menjadi, tambahan pula apabila membawa karakter sebagai pelawak.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, pelbagai respon yang menghiburkan yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan :

” Abang zack single tak ? Tushe sedang mencari ni.. Habang Z semalam tk banyak cakap eak.. tk penat ke tahan bcakap.. Tak kan ensem camni takde hawek an an an.. “

” Kak lina, ni habang habang ke hulubalang ekkk ? Tapi mana2 pun helokkkkkk lah ekk.. Abg Z jangan suka pukul anak ya.. “

” Habang bgmbo sando dinding tu jgn mendade sgt yek…. nak tnye bju petak buku matematik tu kumpulan nico sponser ke bang z oiii.. “

” Part tali beg kat atas kepala tu tak boleh tahan betul la janji Habang Z helokkk no syatu. Rasa nak rentap je rambut lu zack. Lama dah gua perghati.. “

” Jadikk habangggg punnn no syatuuu habang Z, rambut luuu stylo habang . Tetap no syatuuu .. Habang z gheti menari lagu tiada mendung hujan pon turun” tak ??? “

” DahΒ agak manager ekonsep….gaya potongan rambut dh tau…naik y15 tayar sotong, ezos bingit.. Rambut pin leklok bangZ jgn berulang mcm smlm la ehk.. “

” Style kita pakai beg samala dgn Habang Z.. Gbr ni nampak slim, tp on stage lain, maybe partner on stage kcik..Β Semalam habang manager kt benteng la ye.. “

Dalam bergaya, ada juga diselitkan pose yang kelakar oleh Elly. Lagu latar belakang video tersebut juga sangat sesuai dengan gaya Elly seperti pada era tahun 90 an. Semoga Elly Mazlein terus berjaya dalam kerjaya seninya dan menghiburkan kita semua.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Elly Mazlein, Zon Lawak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT