Artis / Selebriti
” Part ni pecah perut kami. Yang bestnya cameraman siap follow Pak Nil lari lagi, haha.. ” – Komen Netizen

Video gelagat spontan Pak Nil terlupa mengambil mikrofon ketika mengacara Talk To My Manager buat ramai terhibur. Boleh pulak Pak Nil tertukar mikrofon dengan kipas tangan, patut suara tak keluar. Part Leman Bands ketawa dan mengata Pak Nil tu kelakar, haha..
Datuk Aznil Haji Nawawi atau mesra dengan panggilan Pak Nil diberikan tugasan sebagai host rancangan realiti, Talk To My Manager (TTMM). Pak Nil ada auranya tersendiri sebagai pengacara dan TTMM menjadi semakin meriah dengan senda gurau dan interaksi Pak Nil bersama juri dan para peserta.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Aznil Nawawi, telah dikongsikan satu video yang diulangsiar dari akaun Instagram Pennbasschannel menunjukkan kejadian sebenar di atas pentas semalam. Ketika iklan, Pak Nil mundar mandir di atas pentas memegang kipas tangannya kerana panas.
Mendengar sahaja jeritan supaya semua bersedia untuk kembali bersiaran, Chaan dan Leman Bands memainkan muzik introduction program TTMM. Pak Nil pula sudah berdiri di hadapan untuk mula mengacara tetapi sayangnya suara Pak Nil tidak kedengaran.
Rupa-rupanya Pak Nil terlupa untuk mengambil mikrofon dan menyangka kipas ditangannya itu adalah mikrofon. Kelakar melihat Pak Nil berlari mencari mikrofon. Chaan dan Leman Bands ketawa terbahak di belakang pentas melihat gelagat Pak Nil dan kata mereka, Pak Nil seperti Mr Bean.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Haha adoi Paknil. jenk, chaan dengan Penn, kalau gelakkan oraaaang dengan kita yang tengok pun terbahak sekali.. laju paknil lari amk mic.. “
” Hahahaha ktorg dalam mbsa tu pon berdekah gelak. Mula ingat mic off, lah rupanya salah .. Faktor usia faham pak nil.. ulang byk kali pon masih gelak.. lawak la paknil ni.. “
” Hahaha part ni pecah perut kami.. yg bestnya kameraman siap follow paknil lari lg haha.. Musician kat belakang tu boleh bercakap each other eh rupanya, siap boleh bersembang lagi nohh.. siap mengumpat paknil tu haha.. “
” Ni mmg lawak spontan pak nil… Sy pun gelak dok depan tv…. Mmg best lah pak nil ni…. Dri zaman sy mude smpi lah dah tua minat kat paknil nya jenaka, acting.. Segalanya.. “
” Kemain dekat belakang tu membawang.. Nakal tau pennbasschannel … Dh mcm Mr. Bean ye pak Nil.. Faktor penuaan hehe.. “
” Berdekah saya tengok paknil.. Adoi lahhh. yang penting yakin haha. tengok masa live malam tu, mula tak perasan, lepas tu napa tak de dgr suara.. “
” Lawak la tengok paknil. kipas disangka mic ye paknil.. mengekek ketawa leman band dekat belakang. sempat lagi mengumpat eh korang.. paknil memang penceria suasana lah.. “
Siapa sahaja yang tidak tergelak dengan gelagat mencuti hati Pak Nil itu. Chaan dan Leman Bands pun ketawa berdekah-dekah di belakang stage melihat Pak Nil berlari mencari mikrofon itu. Apa-apa pun, Pak Nil memang penyeri dan menceria suasana TTMM.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Aznilnawawi, Tiktok Pennbasschannel, Tiktok Aznilnawawi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Kami meremang sendiri macam mana Allah susunkan takdir untuknya.. ” – Sahabat Amira
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Ini bukan Danial, you ingat I tak kenal suara you ke haa.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Penat kita nangis dekat video Elisya, dia boleh pulak parodikannya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Tak payah lah beli. Kenapa bazir duit.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Saya sampai terima WhatsApp dimaki. You are attacking me about my sister getting married.. ” – Irfan Haris
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Alahai so sweet tau YB. Ayat tu memang khas untuk cinta hati dia je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kami sebenarnya dah bertunang dekat Ipoh hari tu, confirm kahwin dengan dia.. ” – Cik Lan
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Dengar Maam cerita pun dah seronok kisah cinta Fattah dengan Amira ni.. ” – Komen Netizen