Connect with us

Artis / Selebriti

” Part ni aku pun tak tahan tengok. Sampai terkencing-kencing ketawa tau, haha.. ” – Komen Netizen.

Video Behind The Screen Sitcom Jabatan Call Centre Lakonan Izzue Islam, Andi Bernadee Dan Aya Aminuddin Buat Ramai Terhibur. Adoi Punya Lah Susah Izzue Dan Andi Tahan Ketawa Tengok Aya. Andi Sampai Menangis Tahan Gelak. Izzue Pulak Tersembur Terus. Lawak Lah, Haha !!

Sitcom Jabatan Call Centre yang bersiaran di saluran TV3 menceriakan penonton setianya. Sitcom ini menampilkan gandingan antaranya Izzue Islam, Andi Bernadee, Shiha Zikir dan Aya Aminuddin. Lakonan mereka menghidupkan jalan cerita sitcom dan berjaya menghiburkan penonton.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Diridiaries, telah dikongsikan di sebalik tabir sitcom ini yang memaparkan babak antara Izzue, Andi, Aya dan Shiha. Bagi yang mengikuti Izzue pastinya mengetahui karakter Izzue yang mudah terhibur dan susah untuk serius.

Pada awal video lagi, Izzue sudah ketawa terbahak-bahak kerana melihat paparan skrin yang terpampang wajah Aya. Bukan mudah untuk menahan ketawa dan babak ini sahaja perlu diulang sehingga beberapa take gara-gara Izzue dan Andi yang tidak mampu menahan ketawa.

Aya seorang yang kelakar dan hanya dengan reaksi wajahnya sahaja sudah boleh membuatkan Izzue dan Andi tergelak. Gelagat dan reaksi wajah Izzue dan Andi menahan gelak sehingga hampir menangis ini menggeletek hati warganet. Memetik komen warganet, jika ada Roy Azman bersama, tentu shooting tidak selesai sampai ke sudah.

Jom tonton video di bawah :

@diridiaries

Jabatan Call Centre BTS on the last day of the shoot. Kena tahan gelak je the whole way jabatancallcentre 😂 @Izzue Islam @🎙️shihazikir🎙️ @andi bernadee @Aya Amiruddin

♬ original sound – Diri Diaries – Diri Diaries

Lebih 11 ribu tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Part ni aku pun tak tahan tengok hahahahah.. sampai terkencing-kencing ketawa tau.. Izzue jenis mudah terhibur.. “

” Andi ni Jenis tak tahan gelak juga, masa dia buat video, nmpk releks jer. Letak lak Izzue sekali memang tak jadi apa haha.. “

” Haha seksanya nak tahan gelak.. aku kalau dekat situ 50 take pun aku tetap gelak haha.. izzue islam ni mmg ssh nk serius.. “

” Peraturan tahan gelak, jangan pandang muka member.. aku tak leh kalau da aya situ.. belom pa2 dh gelak dulu.. “

” Part ni memang mengekek gelak.. Kan dah cakap, BTS mesti lagi lawak.. Andi sampai menangis tahan ketawa, Izzue sembur terus haha.. “

” Adui Pokjue tak tahan, asyik gelak je. Aya ni memang masuk air.. dengar suara dia pun dah buat gelak, apa lagi tengok muka.. “

” Walaupun pejam mata dengar suara aya pon ku dh berdekah gelak.. dah boleh bayang dia.. dah kita nie mudah terhibur.. izzue islam dgn roy azman memang 2×5 . jenis takleh tahan gelak punya.kalau berlakon pentas memang pecah punya.. “

” Izzue siap tahan air mata tu tak tahan nak gelak haha.. Baru Aya, kalau masuk abangza mau tak jadi apa.. Izzue memang jenis tak boleh tahan.. Muka Izzue tu memainkan peranan sungguh.. “

Di sebalik tabir lagi meriah dengan gelak ketawa. Siapa yang boleh tahan dengan kelakar si Aya. Izzue dan Andi sampai menangis menahan gelak. Warganet juga turut terhibur melihat gelagat geng Jabatan Call Centre ini. Apa-apa pun, semoga pembaca juga terhibur dengan perkongsian ini.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Diridiaries

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT