Artis / Selebriti
” Part ni aku menangis teruk. Tengok Ebby pun nangis, lagi lah aku melalak.. ” – Komen Netizen
Video ketika Ebby Yus muncul sebagai cameo Sepahtu Reunion buat ramai sebak. Terkedu Rahim, Jep, Pak Kodi dan Pak Ya tengok Ebby. Last-last masing-masing menangis, dengan penonton turut menangis. Sedih sangat..
Sepahtu Reunion live semalam menyaksikan semua cast sitcom ini sebak ketika kemunculan cameo. Baik Jep Sepahtu, Rahim, Ropie mahu pun Pak Ya langsung tidak tahu pengurusan membawakan cameo paling legend untuk melengkapkan persembahan mereka semalam.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Astro Gempak dan Instagram Jep Sepahtu, telah dikongsikan video yang memaparkan pelawak senior yang pernah mewarnai Sepahtu Reunion Live iaitu Ebby Yus tampil ke pentas sebagai cameo. Suasana terdiam seketika Ebby muncul.
Rahim, Jep , Pak Kodi dan Pak Ya juga terkedu sebelum memulakan dialog mereka. Masing-masing terkejut kerana sahabat mereka ini kembali beraksi di pentas bersama-sama mereka. Saat Ebby berpelukan bersama Jep, Rahim, Pak Kodi dan Pak Ya, ternyata air mata Ebby tidak dapat diselindungkan lagi.

Tidak hanya mereka, malah penonton di dewan dan rumah juga sebak melihat moment ini. Ebby yang menghadapi masalah kesihatan kelihatan sihat dan masih padu lawak jenakanya. Bak kata Jep, mereka adalah sahabat selamanya dan keluarga.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@astrogempak Cameo paling legend untuk malam ni! Saksikan siaran langsung Sepahtu Reunion Live 2025, setiap Jumaat jam 9 malam di Astro Prima (saluran 105) atau strim pada bila-bila masa di Astro GO & Sooka. @jepsepahtu @rahimr2 @pakya_illya @ropie_sryn_official #SepahtuReunionLive2025 #SepahtuReunionLive #SepahtuReunion #AstroPrima #ZonLawak
@zulkharisemzulkep Sepahtu menangis.Moment sedih sepahtu bertemu eby yus menjadi cameo.. #sepahtu #ebyyus #jepsepahtu #rahimsepahtu #pakyasepahtu #episodakhir #ropiemenangis #fyp #sepahtumenangis
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 15 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Terbaik semua… Menitis ayaq mata bila pak abby yus muncul.. Moment sedih tadi aku nangisss wey.. abg ebby rindu tu dgn sepahtu.. “
” Sedih nye dorg ni semua pemain karoot komedia yg menghiburkan zaman2 pantang aku. walaupon ceser nk terburai perut gelak tgk karoot komedia dlu.. “
” Semalan dalam gelak2 tengok dgb husband, keluar je Abg Ebby Yus terus senyap sunyi rumah. Menahan rasa memasing. Semoga Allah bg kesembuhan berpanjangan buat Ebby Yus. Amin yra.. “
” Terbaik semuanya jep kita kt umah ni pn sedih jgk.. moga persahabatan ini kekal bahagia selamanya.. “
” Part ni saya menangis teruk. tengok ebby pun nangis, lagi lah kita yang melalak.. semoga Sepahtu reunion live kekal sampai bila-bila.. “
” Tengok muka korang 3 punya terkejut tu trus Rahjm xleh cakap apa.. blh nmpk sebak smua ahli sepahtu msa ebby yus msuk td,nmpk betapa ikhlas persahabatan mrk.. “
” Part semua peluk tadi, sedih sgt tgk.. dengan kita tadi terikut nangis sekali.. korang memang sahabat sejati lah.. tengok cite lawak tapi aku yang nangis.. “
Sitcom lawak tetapi pelakon dan penonton pun turut menangis melihat pertemuan semula Ebby dan kawan-kawan Sepahtu Reunion. Semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik untuk Ebby Yus dan segala-galanya dipermudahkan untuk Ebby. Sahabat selama-lamanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Jep Sepahtu, Tiktok Astro Gempak, Tiktok Mr Sem
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Macam dengar Dato’ Jamal dengan arwah Siti Sarah menyanyi lah kalau pejam mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lu buat gua sedih dong Pa. Adoh, lagi kerja ni.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti6 days ago” Impian Erra sedih la, Mr E pun nampak berubah wajah dengar impian Erra tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedap Merrah nyanyi lagu ni. Macam ni lah bunyinya kalau Dato’ Awie nyanyi lagu Dato’ Jamal, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia merajuk tapi dia rindu, dia jual mahal tapi dia nak.. ” – Kamal Adli
-
Artis / Selebriti2 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen

