Artis / Selebriti
” Part last tu terus berjurai air mata. Pesanan daripada ayah yang cukup bermakna.. ” – Netizen
Video Khas Sempena Majlis Resepsi Anak Lelaki Didie Alias, Dhanial Buat Ramai Tersentuh. Kuat Betul Ikatan Kekeluargaan Antara Dhanial Dan Adik Beradiknya Tu. Part Ucapan Throwback Daripada Arwah Ridzuan Hashim Tu Paling Sedih !!
Semalam telah berlangsungnya majlis resepsi anak lelaki Didie Alias bernama Dhanial Ridzuan. Majlis tersebut ditaja sepenuhnya oleh Temu Jelatek by SACC Convec Syarikat milikan penuh PKNS. Bertempat di DATUM Jelatek Shopping Centre, majlis ini berlangsung dengan cukup meriah.
Menerusi akaun Instagram Didie Alias, telah dikongsikan satu video khas yang dihasilkan oleh Didie dan anak-anaknya yang lain khas untuk Dhanial. Banyak gambar kenangan dari Dhanial dan adik beradiknya kecil sehingga lah dewasa disunting dalam video tersebut.
Segala persoalan tentang siapa Dhanial daripada kaca mata Didie sekeluarga ada dikongsikan dalam video ini. Dalam ketawa, terselit moment sayu apabila salah seorang daripada adik beradik Dhanial menitipkan pesanan agar Dhanial menjaga isterinya sebaik mungkin sebagaimana Dhanial menjaga arwah ayah mereka, Ridzuan Hashim.

Turut sama diletakkan dalam video ini pesanan daripada arwah Ridzuan berkisar tentang perkahwinan serta gambar kenangan Dhanial bersama ayahnya. Dhanial seorang anak yang hebat dan terbaik kerana menyantuni dan menjaga ayahnya sehingga ke akhir hayat.
Jom tonton video di bawah :
Gambar sekitar majlis resepsi Dhanial dan banyak lagi perkongsian dapat dilihat dari Instagram Didie Alias :
Lebih 1000 tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Bila part jaga ayah tu terus seb4k.. Akak you make me cry, sed1hnya tengok gambar Dhan dengan ayah tu.. ”
” Awal-awal gelak, part last tu terus mengalir airmata.. Semoga yang baik-baik untuk Dhan dan Allah berikan segala yang baik untuk Dhan sekeluarga.. ”
” Part last tu terus berjurai airmata huhu.. Danie punca tengah gelak terus sed1h.. Pesanan daripada ayah yang cukup bermakna.. ”
” Menitis airmata saya bila tengok part last tu.. memula tergelak je tengok korang punya video tapi bila last sump4h nang1s.. ”
” Anak yang baik pada ibu bapanya.. memang sed1h tengok last ucapan ayah untuk Dhan tu.. semoga Dhan jadi suami terbaik.. ”
” Eh why i crying tengok part last tu. Pesanan akhir yang akan sentiasa diingati Dhan. Menitis airmata weh, you guys are so loving each other.. ”
” Sangat mendalam rasanya, kita tengok pun menang1s sama. last part memang paling menyentuh perasaan.. ”
Kenangan yang akan sentiasa mengamit rasa sayu di hati anak-anak Ridzuan. Semoga Dhanial akan menjadi suami yang terbaik dan dikurniakan rumahtangga yang aman damai serta berkekalan sehingga ke akhir hayatnya. Sama-sama kita sedekahkan bacaan Alfatihah buat arwah Ridzuan Hashim.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Didie Alias
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wah sweet sangat lagu Que untuk Faz ni. Lirik dia mendalam guys.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia gabung peribahasa, jatuh ke riba pun boleh lah Justin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dulu mertua tak suka, sekarang Mama YB sayang betul pada Bella, Alhamdulillah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Orang kata bercinta usia usia macam ni lagi sweet. Arghh tersengih sengih kita.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Diganggu wanita misteri sebelum waktu berbuka.. ” – Fedtri Yahaya

