Artis / Selebriti
” Part high note tu, fuh international. Auto lain lagu tu, memang meremang dengar.. ” – Komen Netizen
Video persembahan Liza Aziz di Konsert Semi Final Gegar Vaganza 11 raih pujian ramai. Fuh goosebumps dengar suara Liza menyanyi lagu Judika. Patut lah Bonda Hetty Koes Endang bagi standing Ovation..
Konsert Gegar Vaganza 11 Semi Final semalam menyaksikan 7 orang peserta berjuang untuk meraih tempat ke peringkat final. Rata-rata persembahan bintang-bintang GV semalam memuaskan hati dan persaingan sengit berlangsung antara satu sama lain.
Meninjau entry di akaun Instagram Sinar FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan persembahan Liza. 2 lagu dipertaruhkan oleh Liza dan kedua-duanya berjaya dinyanyikan dengan gayanya tersendiri. Lagu Malaysia Baru oleh ayahnya sendiri, Aziz Jaafar dan Bukan Dia Tapi Aku dendangan asal Judika.
Vokal Liza tidak perlu dipertikaikan lagi kerana Liza memiliki suara yang merdu dan mantap. Siapa sangka Liza mampu membawakan lagu Judika dengan cukup hebat. Alunan suara Liza terutama nasa nada tinggi meraih sorakan dan tepukan gemuruh daripada semua penonton di auditorium.

Juri juga memuji kehebatan Liza dan tiada ruang untuk mencari kesalahan pada vokal Liza. Bonda Hetty juga memberikan standing ovation untuk Liza. Saban minggu persembahan Liza tidak pernah mengecewakan dan maintain sahaja. Walaupun Liza kurang sihat, tetap gempak suaranya itu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Meremang dengar suara Liza ni.. she will be the winner.. Power weiii lagu Judika.. Liza nyanyi auto lain lagu tu.. “
” Sedap lagu Judika dinyanyikan oleh Liza Aziz.. macam lagu dia pulak. bukan setakat lagu 70 80an, lagu bbnu pun Liza tapau weh.. “
” Part high note tu, fuh international.. Sedap ada soul dalam suara Liza tu.. Suara mantap baju pun cantik tiada tandingan.. hebat minat sungguh dengan Liza Aziz.. “
” Lagu judika sedapnya kak liza. Mmg terasa la. Betul-betul menyentuh hati.. sumpah weh, memang meremang, terkejut dgr, masya Allah.. “
” Meremang aku ooooooo lagu slow yang Liza Aziz nyanyi… again, nangis lagu weh.. mahall suara tu.. “
” Memang D.i.V.A laaaa dia ni,… sikit tak kekok smua lagu dan rentaK dia balonn … takde yang dia xtak boleh bawakan… AuraOrgLama.. “
” Banyak high pitch, lagu Judika Liza tapau macam tu je. itu umur 60 lbh tu… kalau 30an mcamna.. boleh tercampak semua bintang lain.. “
” Wow terkesima dengar high pitch Liza bawak lagu judika tu.. memang lagenda selamanya.. puas hati betul tengok Liza, best sangat walaupun tak sihat.. “
Liza memang hebat dan ada auranya yang tersendiri. Vokal Liza yang power itu memukau juri dan semua penonton. Persembahan Liza begitu mantap dan tidak mustahil Liza boleh diangkat untuk menjadi juara Gegar Vaganza musim ini. Semoga Liza akan terus menyinar untuk konsert akhir pada minggu hadapan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sinar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Macam dengar Dato’ Jamal dengan arwah Siti Sarah menyanyi lah kalau pejam mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lu buat gua sedih dong Pa. Adoh, lagi kerja ni.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti6 days ago” Impian Erra sedih la, Mr E pun nampak berubah wajah dengar impian Erra tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedap Merrah nyanyi lagu ni. Macam ni lah bunyinya kalau Dato’ Awie nyanyi lagu Dato’ Jamal, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia merajuk tapi dia rindu, dia jual mahal tapi dia nak.. ” – Kamal Adli
-
Artis / Selebriti2 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen

