Artis / Selebriti
” Pandai Zara simpan memory dengan daddy. Mata siap terkelip-kelip kena flash.. ” – Komen Netizen
Datin Alyah tunjuk bukti video anaknya, Zara merakam sendiri video bersama Dato’ Ramli MS yang sedang tidur buat ramai terhibur. Amboi, pandainya Zara rekod video sendiri. Kantoi muka daddy tengah tidur, hehe..
Meninjau ke akaun Instagram Datin Alyah, posting terbaru Alyah telah meraih perhatian ramai. Alyah berkongsi kisah sebenar video yang dirakam oleh anaknya, Zara ketika suaminya, Dato’ Ramli Ms sedang tidur. Ini kerana terlalu ramai yang bertanya kebenarannya.
Gambar Tok Ram sedang tidur ini telah ditayangkan ketika siaran langsung Gegar Vaganza semalam yang membuatkan penonton tertawa. Ketika itu Tok Ram menyatakan bahawa Zara sendiri yang merakamkan tanpa pengetahuannya.
Ternyata melalui perkongsian Alyah, sememangnya Zara yang merakamkan kerana telefon tersebut sentiasa ada di tangan Zara. Malah dalam galeri telefon juga dipenuhi dengan gambar-gambarnya yang dirakam secara spontan. Amboi, suka selfie ye Zara.

Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada Warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Dapat dilihat mata Zara berkelip-kelip ketika flash kamera menghala ke arahnya. Zara ni buat daddy dia kantoi je sedang tidur, hehe.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Mmg cucu saya pun camtu. Kdg x sedar dlm galeri mcm2 gambar . Phone kena hack kami kata. jgn salah snap zara oiii.. “
” Zara zara berdekah la tgk gelagat dak omeyyy nih…mangsa- ayahanda.. walaupun Zara ank angkat tapi muka dia nk sama la dengan datin Alyah.. “
” Itu biasa. Dalam gallery mesti penuh gambar Zara ni. Haha gambo hasil Zara snap buat special appearance dlm live GV semalam .. “
” MasyaAllah..bijaknya zara.. Woww ni mesti Auntie Nadia yang ajarkan ni .. tokram sejak ada anak kecik ni,happy betul.. kalau x serius je muka.. “
” Pandai Zara simpan memory dgn daddy.. Mata siap terkelip kelip kena flash hahahaha adoii comel la.. tokram pandai layan zara . “
” Ni candid nama nya .. good job zara.. moment ni la akn rindu nnti.. Budak sekrg lg pandai dr kita tau.. ini ke yang semalamm.. “
” Hahaha comey la zara syg ni.. Wlkmmslm Wbt,Hi Zaraa,Ya Allah boleh dia rakam time Daddy ToRam tengah bobok,Anak Bertuah sape laa nie .. “
Memori sebegini akan sentiasa menjadi kenangan apabila Zara membesar nanti. Setiap rakaman yang dirakam pasti ada jalan ceritanya. Semoga Zara membesar menjadi seorang anak yang baik, bijak serta berjaya di dunia serta di akhirat. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Alyah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Baiknya Dr masih nak mention nama Nubhan dan tetap beri penghargaan yang baik pada bekas menantu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Yosh punya tone sangat sedap. Perghh, silap-silap boleh menyanyi dekat pentas AJL.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Nampak muka Fattah merah padam. Lupa la tu tengah live. Sweet sangat ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Berdekah aku dengar jawapan Spacedollah. Jawapan Bella memang brilliant.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia supermarketkan rumah kita wak. Tak pernah tak buat hal Beatrice.. ” – Sheila Rusly
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kedua dua side, baik Mawi ataupun Ina matang dalam menjawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti4 days ago” Awak nak jadi Jamilah ke nak jadi Kak Tipah.. ” – Que Haidar


