Artis / Selebriti
” Pandai dan lancarnya bacaan Sefhia, sedap suara.. ” – Netizen
Elly Mazlein Kongsi Video Anak Sulungnya, Putri Sara Sefhia Yang Sedang Membaca Dalam Bahasa Inggeris. Wah Lancar Dan Jelas Sebutan Sefhia. Suara Sedap Dan Manja Macam Mama Juga !!
Elly Mazlein atau lebih dikenali sebagai Kak Lina bukan nama yang asing dalam dunia seni hiburan tanahair. Sudah pun bergelar ibu kepada 2 orang cahayamata, Kak Lina bahagia dengan kehidupannya kini bersama CIkgu Azlan.
Pada perkongsian terdahulu, Kak Lina mengulas isu wajah anak yang ditutup dengan emoji. Umum mengetahui, Kak Lina tidak gemar expose wajah anak-anaknya dan ini adalah pilihan Kak Lina demi privasi anak-anaknya ini.
Meninjau entry terbaru di akaun Instagram, telah dikongsikan satu video yang memaparkan anak sulungnya, Putri Sara Sefhia sedang membaca sebuah buku cerita berbahasa Inggeris di sekolah. Video ini hasil rakaman daripada salah seorang cikgu di sekolah Sefhia.

Pada usianya yang baru 6 tahun, Sefhia sudah mampu membaca dengan lancar. Cerita Kak Lina, sebelum ini Sefhia agak liat apabila disuruh membaca kerana belum lancar membaca. Namun kini sudah banyak perkembangan yang baik pada puteri kesayangannya ini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Kak Lina ini telahpun mendapat perhatian daripada peminat. Antara komen-komen peminat yang dapat kami kongsikan :
” Comelnya suara Sefhia, manja suara macam mama. so clever girl. Alhamdulillah, semoga jadi anak yang bijaksana.. “
” Semoga Sefhia dan Haider menjadi anak yang soleh solehah. Kita sokong kak kepom. Kita akan panggil persatuan berangkut semalaya utk back up kak kepom.. “
” Subhana Allah, pandai dan lancarnya bacaan Sefhia. Sedapnya suara, manja-manja macam suara mama jugak.. “
” Sedapnya suara, good reading. Congrats Sefhia, Alhamdulillah. Budak bijak pandai ni. You do you nah api.. “
Sebelum ini, Kak Lina pernah berkongsikan video perbualannya bersama Sefhia. Memang Sefhia fasih bertutur dalam bahasa Inggeris dan sebutannya juga agak jelas. Apatah lagi Kak Lina selalu memantau pembelajaran Sefhia, tentulah princess ini semakin cepat pandai.

Apa-apa pun, semoga Sefhia sentiasa dipermudahkan dan diterangkan hati dan fikiran dalam menimba ilmu sehingga berjaya menggapai cita-cita apabila dewasa kelak. Jadi anak yang solehah selalu untuk mama dan papa dan terus ceria okey Sefhia.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Elly Mazlein
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Alhamdulillah, Sky berani baca Al-Quran depan orang ramai.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia gabung peribahasa, jatuh ke riba pun boleh lah Justin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Orang kata bercinta usia usia macam ni lagi sweet. Arghh tersengih sengih kita.. ” – Komen Netizen

