Artis / Selebriti
” Padu vocal, macam mana la stamina dia, padu gila. Berdiri bulu roma, one in a million.. ” – Komen Netizen

Video Nyanyian Peserta Audition Kilauan Emas 2024, Mak Rosnah Curi Perhatian Warganet. Fuh Power Lah Mak Ros Ni, Sambil Duduk Atas Wheel Chair Pun Selamba Je Menyanyi Lagu Ziana Zain !!
Pengguna aplikasi Tiktok pastinya kenal dengan Mak Rosnah atau mesra dipanggil dengan nama Mak Ros. Suara Mak Ros memang sedap didengar dan memiliki auranya yang tersendiri. Malah Mak Ros juga pernah hadir ke konti Sinar sebagai tetamu jemputan.
Meninjau akaun Tiktok Sooka Malaysia, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Mak Ros sedang menghadiri audition Kilauan Emas 2024. Mak Ros yang berkerusi roda memberikan persembahan yang memukau semua yang berada di situ.
Untuk audition ini, Mak Ros menyanyikan lagu Ziana Zain berjudul Madah Berhelah. Bukan calang-calang orang dapat membawakan lagu bernada tinggi seperti ini. Sekali pun Mak Ros menyanyi sambil duduk di atas kerusi roda, suara Mak Ros tetap sedap didengari.
Ini membuatkan warganet yang menonton video ini teruja untuk melihat Mak Ros terpilih sebagai salah seorang peserta Kilauan Emas. Seloroh warganet, jika Ziana mendengar suara Mak Ros, tentu Ziana juga teruja dengan high note Mak Ros itu.
Jom tonton video di bawah :
@sookamalaysia Cayalah akak, min dengar dari atas pun meremang! Harap akak terpilih untuk #KilauanEmas tahun ini! #fyp #sookaMalaysia
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 25 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Mak Rosiah ni… Datuk Aznil ada suruh dia ikut Kilawan Emas masa live hri tu… Pernah dpt 100 markah dari 50 juri ATN Malaysia Astro.. ”
” Semoga Mak Rosiah terpilih dlm kilauan emas ni… mmg sedap suara dia…Tak jemu2 slalu dgr dlm tikktok.. ”
” Mak Ros lah, dia memang power.. Geng kebun Syamel ni.. Juara Kilauan Emas 2024 Insha Allah.. ”
” Tahun ni rezki tuk mak rosiah suara memang power.. mak Rosiah…. terpaling suka mak nyanyi lagu segalanya pasti aida agil.. ”
” Padu vocal dia, bukan senang nak nyanyi lagu ziana zain.. Lagi-lagi dalam keadaan duduk.. Macam mana la stamina dia padu giler… One in a million.. ”
” Fuyoo mantap padulah makk.. berdiri bulu roma, mantap ahh.. tabik spring lah.. lagu zz versi duduk confirm dapat ni.. ”
” Fuhhhhh.. Padu teruk suaranya.. ZZ pun mesti happy nih.. memang meremang dengar suara.. dia tarik tu smooth je.. ”
Suara Mak Ros memang padu, beri lah lagu apa sahaja pasti akan dibawakannya dengan baik. Jika Ziana yang mendengar nyanyian Mak Ros, tentu Ziana pun turut gembira. Mesti ramai yang menyokong Mak Ros jika Mak Ros terpilih sebagai peserta Kilauan Mas. Selamat maju jaya Mak Ros.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Sooka Malaysia, Tiktok Mak Rosiah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Berkaca-kaca mata Rina. Ending tu aku tak expect, aku pulak menangis teresak-esak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago
” Makin besar family Ashraf Muslim. Simple je nama anak, tak perlu pelik-pelik.. ” – Komen Netizen
-
Viral5 days ago
” Sedih dan pilu sangat-sangat. Air mata aku berderai-derai tengok mak dia peluk bantal arwah tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Adui lirik Dijah, terbahak aku ketawa. Mak siapa lah Dijah sebut tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Tahniah Elisya. Uniknya nama baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Alooo sweetnya, sampai berulang kali tengok. Caring betul Abang Long pada Kak Long.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Eja lain, bunyi lain. Rina ikut dialog Pendekar Bujang Lapok ke ni, lucu haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Saat di dunia Mummy jaga anak-anak ibu, saat kamu di syurga ada Ibu yang menjaga anak Mummy.. ” – Watie Hanifiah