Artis / Selebriti
” Orang lain kau boleh buat main-main, kali ni kau memang kena game lah Kecik. Seram betul, haha.. ” – Komen Netizen

Video Khalique menemubual Dato’ Rosyam Nor dalam segmen Lawak atau Koyak buat ramai terhibur. Cuak terus Kecik bila dengar Dato’ Rosyam cakap macam tu. Tahu pun takut jumpa dengan Iman, haha..
Bagi yang mengikuti drama Keluarga Itu, pasti geram dengan watak yang dipegang oleh pelakon berkaliber, Dato’ Rosyam Nor sebagai Iman yang menjadi ‘haruan makan anak’. Sejak episod pertama lagi, watak Iman ini menjadi perbualan ramai.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik zonlawak, telah dikongsikan video yang memaparkan pengacara rancangan Lawak atau Koyak iaitu Khalique atau mesra dengan panggilan Kecik bertemu dengan Dato’ Rosyam. Menerusi video itu, Kecik ada bertanya beberapa soalan kepada Dato’ Rosyam tentang wataknya dalam drama Keluarga Itu.
Namun, apa yang mencuit hati adalah Kecik ‘terkena’ dengan Dato’ Rosyam. Manakan tidak, semua soalan yang diajukan kepada Dato’ Rosyam langsung tidak membuatkan Dato’ Rosyam ‘koyak’. Bukan itu sahaja, Dato’ Rosyam pula menyakat Kecik.
Seloroh Dato’ Rosyam, dia sekarang tidak lagi suka kepada perempuan dan apa yang menarik di matanya pada kali ini adalah Kecik. Mendengar apa yang dikatakan oleh Dato’ Rosyam itu, Kecik seolah-olah tergamam. Sehingga kini, video temubual Kecik bersama Dato’ Rosyam itu telah menerima ribuan tanda suka setakat artikel ini ditulis.
Tonton video ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya sangat terhibur selepas menonton video tersebut dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Orang lain kau boleh buat main-main, kali ni kau memang kena game lah Kecik. Seram betul, haha.. Nanti kau jumpa walid pula, nk tengok, haha.. “
” Sastera” kena judge terokk, hahaha.. Last ii wartawan yang koyak, hareyyy tol.. Berdekah aku tgk Dato’ Rosyam kacau kecik, haha.. “
” Meminta sangat kan, kan dah kena, hahaha.. Habis lah Kecik, malam2 dapat video call daripada Encik Iman.. Mahu dia ketap bibir tak berhenti, haha.. ‘
” Jarang wartawan terdiam, hahahaa.. Selalu Kecik menang, kali ni Kecik kalah dengan Dato’ Rosyam.. Power juga penangan Iman ni, haha.. “
” Habis la kecik, lepas ni kerja kt resort lak, lepas tu jumpa boy.. eh.. Member dah usha belakang.. Habis laaa, haha baik kau lari Kecik, haha.. “
” Baru aku sengih sorang2 tgk vtt nie.. Sblm nie aku stress dgn sedih je.. Haahahah trauma ke tu kecik, jumpa dengan Iman.. “
” Tak terkata Kecik bila Rosyam ckp dia taste kat Kecik.. Hahhaha terkejut beruk dah kawan.. Terdiam tak terkata apa2, hahahahaha.. “
Ramai yang terhibur melihat reaksi Kecik ketika disakat oleh Dato’ Rosyam. Usik warganet, selepas ini mungkin setiap malam Kecik akan menerima video call daripada Iman. Apa-apa pun, video tersebut hanyalah sekadar hiburan sahaja buat tontonan warganet.
Silakan SHARE..
Sumber : IG zonlawak, TikTok astrogempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Bagus Mira ni takde nak overshadow. Dia buat the best untuk anak Fattah. Auntie Mira sweet.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Tergelak time Hadie tunjuk gambar tu. Dato’ AC duk bahan dia, sekali dia bahan Dato’ AC balik, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Manja eh Ernie ni, siap pak dengan mak sedara panggil panggilan macam tu, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sampai ke hati weh dengar suara Hadie tanpa muzik ni. Lagi tangkap sayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Oddah ajar sampai dia gelek paling lembut aku pernah nampak weyy.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Bila tengok video ni, jatuhnya air mata seorang ibu, ahhh tak tahan dah, mengalir jugak air mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 hours ago
” Matured answers, transparent dan telus. Budak ni luar biasa, beradab macam Tokti dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Hasil didikan ayah ibu yang hebat. Tengok lah cara dia, penuh dengan adab dan kasih sayang layan ibunya.. ” – Komen Netizen