Connect with us

Artis / Selebriti

” Orang chat mak saya macam seolah-olah mak saya tak pandai jaga saya, macam saya dah teruk sangat.. ” – Hadie

Video Hadie Elfardie meluahkan rasa kecewa apabila ada yang DM kepada Ina Naim mengadu mengenai dirinya. Sedih pulak dengar ayat Hadie. Part Hadie cerita respon Ina lepas dapat DM tu touching sangat. Bertabah lah Hadie..

Kehadiran anak sulung Ina Naim dan arwah Suhaimi Saad, Hadie Elfardie dalam dunia seni tanahair mencuri perhatian ramai. Hadie mempunyai rupa paras yang sedap dipandang mata, suara yang lunak merdu dan berbakat besar dalam bidang nyanyian.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Update Now, telah dikongsikan satu sedutan video live terbaru Hadie semalam. Banyak yang Hadie kongsikan sepanjang live tersebut sementara menanti ibunya, Ina Naim datang untuk menjemput Hadie pulang ke Johor.

Hadie meluahkan sedikit rasa kecewa apabila ada yang DM kepada Ina mengadu mengenai Hadie. Ramai sedia maklum, sejak Hadie menyertai Talk To My Manager dan sehingga kini, Hadie bersahabat baik dengan Ammar dan Oddah. Mereka sering membuat live bersama dan melakukan banyak aktiviti bersama-sama.

Kata Hadie, sudah beberapa kali orang mengadu supaya Ina menegur Hadie agar menjaga batas  dan tidak lalai dalam pergaulan. Mungkin kerana melihat pergaulan rapat dengan Ammar dan Oddah, teguran ini diberikan. Hadie tidak marah tetapi Hadie risaukan respon Ina yang memikirkan DM tersebut.

Jom tonton video di bawah :

@updatesuperstar

…..jangan DM ibu @inasuhaimi78 tahu la ibu jaga Hadie. Doa je yang baik2 untuk kejayaan Hadie.

♬ original sound – Update Now – Update Now

Perkongsian ini telah pun meraih perhatian warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Sesekali Hadie pun nak ejoy zaman remaja juga.. Baru lah ni dia nak merasai kegembiraan yang sebenar² nya.. mungkin ada betulnya teguran tu cuma bagi ruang untuk hadie.. insha Allah hadie tahu jagadiri.. “

” Betul la netizen tu tegur.. hadi kami yg makcik2 ni syg kan awk.. awak lain hadi.. kami syg arwah ayh awk dan mak awk jugak.. awk kena faham tu.. “

” Biar hadie nikmati zaman remaja dia…selama ni dia xde nak gembira2 dgn kawan2 dia.. baru ni dia dpt nikmati zaman remaja dia.. Tau la hadie jaga diri.. iman hadie kuat.. tahu la ibu dia jaga dia.. xyah nak dm2 ibu dia.. adoiii.. “

” Bagi masa kat budak ni. InsyaAllah pndai la dia bawak diri. Dah susah hati dah budak ni haa. Kpd Hadie, jaga diri dan batas supaya org tak ngata dan buat modal ngadu dan sshkan hati awak dan mak awak.. “

” Hadie tenang je… dia nak rasa zaman remaja dia… batas² pergaulan pun dia tahu… curahan hati hadie tentang netizen yg dm ina naim.. “

” hadie happy tak Salah cucu ,tapi jgn bersentuhan,mkn satu gigitan minum satu straw.itu sikap yg dilarang Allah.berdosa.kwn Kwn sekadar happy bukan bebas sgt pergaulan.. “

” Yang tegur tak semua niat sama.. ada yang tegur niatnya sayang pada hadie. takut hadie lalai, boleh je berkawan cuma jaga batas. orang nampak hadie bersentuhan tu yang xsedap mata memandang.. itu je untuk kebaikan hadie.. “

Teguran daripada netizen itu kerana sayangkan Hadie dan tidak mahu Hadie mengalami kejutan budaya. Apa-apa pun, Hadie anak yang baik dan pastinya Hadie menyimpan kemas semua asuhan dan didikan agama yang arwah SS berikan padanya. Sama-sama kita doakan yang baik-baik untuk Hadie dan semoga Hadie berjaya dalam hidupnya.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Update Now

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Classic Moon Sling Bag
Glad2Glow Powder

Trending

Copyright © Berita Kopak