Artis / Selebriti
” Orang baru nak salam perkenalan dengan Jamilah, yang belakang tiba-tiba nak menyelit.. ” – Que Haidar
Video Que Haidar buat content bersama Fazura dan Elly Mazlein buat ramai terhibur. Alahai, kacau daun betul lah Jakelina, Abang Jamil baru nak rapat-rapat dengan Jamilah, Jakelina dah angkat kening macam Ziana Zain, haha..
Umum mengetahui bahawa pelakon, Que Haidar merupakan antara selebriti yang menjadi duta pakaian butik Jakel. Bukan itu sahaja, setiap perkongsian video promosi yang dimuatnaik oleh Que berkaitan pakaian Jakel sering meraih perhatian ramai, lebih-lebih lagi apabila dirinya digandingkan bersama Elly Mazlein.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Que Haidar, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan Que bergandingan bersama pelakon jelita, Nur Fazura. Menerusi video tersebut, Que dilihat menyanyikan lagu nyanyian Elly Mazlein bertajuk Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan sambil mempromosikan pakaian Jakel.
Namun begitu, apa yang mencuit hati warganet adalah reaksi Elly Mazlein apabila melihat Que cuba mendekati Fazura dalam video berkenaan. Kelihatan Elly seolah-olah tidak berpuas hati dan mempamerkan reaksi ‘cemburu’ yang mencetuskan suasana lucu serta menghiburkan.

Bukan itu sahaja, kapsyen yang ditulis oleh Que Haidar turut mengundang gelak tawa warganet. Ramai yang berpendapat kapsyen tersebut bertujuan untuk menyakat Elly. Sehingga kini, perkongsian video tersebut telah menerima ribuan komen setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai kata usikan telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Adoi kak Jakelina punya renungan tajam sangat ni. Cute smuanya.. Moga murah rezeki smua yer, amin2.. “
” Member tgh syok dok sweet2 tu, dah kena kacau daun.. Bagi chance lah Jakelina dekat Abang Jamil tu, hahahaa.. “
” Saya suka, saya sukaaa.. Que dan Fazura nie sama2 hebat sama2 hebat berlakon, dua-dua pernah menang pelakon terbaik FFM.. “
” Tepi pun jadik jakelina.. Jaga2 bibir k lina dah gerak2 tuh, hahaha.. Jakel level up betul thn ni ya.. “
” Duta2 yang hebat, sama2 memainkan peranan dan tangungjawab yang diberikan cukup sempurna, baju2 tang cantik ditambah dengan lakunan, semua mata tertumpu disitu, tahniah Jakel.. “
” Sejak adanya faz bang jamil dah tak layan jakelina… Haha mahu jakelina tak angin satu badan, hahaha.. Larikkkkk…”
” Nk tackle Jamilah.. Yang panas Jakelina, hehe.. Promosi jakel tahun nie mmg tak main2 yaa, haha on fire semua.. “
Perkongsian video tersebut sekali lagi berjaya mencuri perhatian ramai. Warganet turut memuji gandingan Que Haidar dan Fazura yang dilihat serasi, selain mengakui barisan duta Jakel pada tahun ini tampil dengan konsep promosi yang menarik dan kreatif.

Silakan SHARE..
Sumber : IG the_haidars
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Memang berdekah lah dengar Erra bidas balik usikan Dato’ Awie tu. Kan dah kena setepek, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tahniah dapat menantu Kak Long Ziela. Sepadan, bagai pinang di belah dua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sembilu 3.0 Versi Gen Z. Tak sangka klon betul semua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Bergetar suara Mr E bercerita. Nampak dia happy, cool rupanya di sebalik penuh cerita sedih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tegas dalam menjawab tapi penuh dengan adab, tersusun cara bercakap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Hilang kata-kata masa dengar doa Tok tu. Sebaknya time Kak Pila pandang Tok Red.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya macam, alah apa yang nak dikisahkan dengan Erra Fazira.. ” – Mr E
-
Artis / Selebriti3 days ago” Susah lah Sha nak repair balik dua beranak ni. Dua-dua dah rosak teruk, haha.. ” – Komen Netizen

