Artis / Selebriti
” Nyanyi sambil jaga anak pun still power. Merdu tak payah cakap la, terpaling hit high note.. ” – Netizen

Video Dato’ Seri Siti Nurhaliza Menyanyi Lagu Dawai Buat Peminat Teruja. Fuh Gemersik Sungguh Suara Tokti, Tak Boleh Bawak Bincang. Sambil Jaga Afwa Pun, Vokal Tetap Power. Meremang Dengar, Afwa Pun Tercengang Tengok Ibu Dia !!
Sebut sahaja nama penyanyi tersohor negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza pastinya warganet akan terbayangkan figura yang lembut tutur kata dan sopan ini. Suara emas yang dimiliki oleh DS Siti sentiasa menjadi halwa telinga yang menenangkan untuk semua.
Meninjau akaun Instagram Era, telah dikongsikan satu video yang memaparkan DS Siti membuat menyanyi lagu yang popular masa kini berjudul Dawai. Lagu soundtrack filem box office negara jiran Indonesia, Air Mata Di Ujung Sejadah didendangkan oleh Kirana Setio.
Mendengar akan alunan suara DS Siti ini membuatkan ramai yang terpesona. Merdu dan lunak, tak perlu menjerit-jerit walaupun nada tinggi, itu lah keistimewaan DS Siti yang tak ramai penyanyi lain ada. Tengah syok menyanyi, si Afwa pula mula aktif.
Memetik komen warganet, DS Siti ini menyanyi sambil menjaga Afwa pun suara tetap padu. Seperti kebiasaan, kalau DS Siti menyanyi lagu orang lain akan kedengaran seperti lagunya sendiri. DS Siti ada caranya tersendiri untuk mengalunkan lagu ini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih hampir 14 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Steady je tokti.. sambil nyanyi layan anak tetap meremang dengar suara tokti.. afwa aktif betul.. ”
” Tokti nyanyi syahdu je dengar, yang lain banyak jerit-jerit.. Terpaling hit high note.. merdu tu mahkota.. ”
” Nyanyi main2 sambil jaga anak pon still power.. merdu tak pyh ckp la.. tokti masih penyanyi no1 negara.. ”
” Terus tak bunyi lagu asal kalau tokti yg nyanyi. Terus lagu nya kekal sedap tapi macam lagu ni originally sang by tokti. Itu lah Siti Nurhaliza kesayangan Asia.. ”
” Aku je ke rasa tokti ni bila nyanyi meremang-remang bulu tengkuk lengan semua.. relax je tarik tinggi, orang lain menjerit-jerit sampai bingit telinga.. ”
” Sedap je tokti nyanyi. Saya selalu skip dari dengar lagu ni sebab terjerit-jerit. Lagu tu jaa Tokti bagi, sambil main jaga anak hehe.. ”
” Semua org boleh menyanyi, tp tak semua merdu di dgr..itulah Siti Nurhaliza, suara yg lemak merdu & sdp hawa telinga mendengar.. ”
Kalau sudah penyanyi nombor 1 negara, nyanyi lah lagu apa pun pasti kedengaran merdu. Itu menyanyi sambil jaga anak, kalau DS Siti fokus tentu lagi meremang peminat mendengarnya. Semoga DS Siti akan cover penuh lagu ini nanti khas untuk peminat-peminatnya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Matured answers, transparent dan telus. Budak ni luar biasa, beradab macam Tokti dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Clumsynya Amira, 10 kali ulang tetap berdekah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago
” Sedih tengok Amad. Tiba-tiba dia sakit, pelik kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Blend betul lagu ni dengan suara Hadie. Versi akustik macam ni lagi syahdu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Kenapa aku pun keluar air mata ni. Terkesan dengan pesanan abah Amira.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago
” Ya Allah nangis saya dengar, sampai macam tu keadaan Amad. Allahu kesiannya Amad.. ” – Komen Netizen