Artis / Selebriti
” Noreen, kerusi aku dah patah ni gelak kan kau, haha. Leleh airmata tau.. ” – Netizen
Video Norreen Iman Bercerita Kiriman Telekung Yang Dia Dapat Buat Ramai Terhibur. Duk Ulang Sebut Perkataan Sejobot, Ingatkan Apa Lah. Jauh Betul Lari Perkataan Tu Norreen, Kelakar Betul !!
Semenjak Norreen Iman berhijab, banyak pengasas produk yang menggunakan khidmatnya untuk membuat review product atau memberikan kepada Norreen sebagai hadiah. Kebanyakannya busana muslimah dan telekung solat. Norreen pula suka membuat kelakar, memang menarik lah melihat presentation Norreen itu.
Meninjau akaun Tiktok Norreen Iman, telah dikongsikan satu video yang menunjukkan Norreen menerima kiriman barang daripada Aisy Mom. Disebabkan musykil bagaimana hendak menyebut perkataan tersebut, Norreen secara spontan menyebut ‘ Aisis mom’.
Mendengar Norreen menyebut ‘Aisis mom’ itu sahaja sudah mencuit hati warganet. Didatangkan dalam beg seperti beg bunjut, Norreen tersilap menyebutnya sebagai beg sejobot. Berulang kali juga lah diulang perkataan beg sejobot itu tetapi muka Norreen kelihatan seperti blur kerana menyedari perkataan yang disebutnya itu tidak betul.

Beberapa minit selepas itu baru lah Norreen sedar perkataan sebenarnya ‘ sup bunjut ‘. Alahai Norreen, ingatkan apa lah perkataan yang sebenar nak disebut. Warganet yang menonton pasti berdekah ketawa, Norreen tetap maintain control muka tak bersalahnya itu, haha.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@norreen.iman8 #norreeniman #fypシ #foryoupageofficiall #fypシ゚viral #norreen
Perkongsian oleh Norreen ini sehingga kini telah pun meraih lebih 90 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Sup bunjut haha, tersembur air aku minum norreen weh.. letih la aku gelak “beg so jobot” beg so bojot”.. buat hal lah Norreen.. ”
” lalu je video noreen ni memang penat gelak je. dekah la ae.. tgk skly je dh lawak.. tp aku tetp tgk bkali2 sb ” so jobot ” nyer Noreen.. ”
” Norreen sebut asis je aku dah mula nak ketawa. Yang ‘ so jobot’ terburai terus ketawa. apa ke jauh nau bunjut dengan jobot tu norreen.. Haha ingtkn prkataan apa yg pyah nau nak sbut.. Beg sup bunjut rupanya.. ”
” Adoi lah kau ni Noreen, leleh air mata tau. Ingat nangis je keluar air mata, gelak pun keluar air mata. kelakar betul.. hilang stress aku gelak tak henti.. ”
” Kecelaruan perkataan dalam kepala, allahuakbar kelakar. review nya 1% je, beg sejobot 99% buat aku ketawa besar.. ”
” Adoi senak perut aku ketawa, bag sejobot. Jenuh lah aku pikir apa lah si noreen ni nak sebut, sejobot sejobot rupanya sup bunjut haha.. ”
” Noreen, kerusi aku dah patah ni gelak kan kau haha. ulang berkali2 tetap terbahak part sojobot sobojot,YaAllah lama tak gelak macam ni sampai meleleh air mata,Tq Kak Noreen.. ”
Buat hal betul lah Noreen, berdekah semua dengan beg sejobot Noreen ni. Apabila kecelaruan perkataan terjadi dalam pemikiran, pasti akan ada perkataan lain yang akan keluar. Apa-apa pun, Norreen membuatkan semua yang menonton terhibur.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Norreen Iman
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ibu, anak perempuan you bagi I duit raya untuk pertama kalinya. Umur dia baru 13, tapi.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti7 days ago” Pecah perut aku ketawa. Tak boleh bawa Mr E masuk game show gini. Confirm kalah awal-awal, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti5 days ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen



