Artis / Selebriti
” Ni school ni, besarnya bilik Yusuf macam library.. ” – Scha Alyahya
Hanis Zalikha Kongsi Gambar Hari Pertama Yusuf Iskandar Belajar Secara Online Dari Rumah. Namun Ruangan Bilik Yusuf Jadi Tumpuan. Wah Cantik Dan Besar Betul, Dekorasi Pun Gempak !!
Bakal berusia 4 tahun pada bulan Jun nanti, anak sulung Hanis Zalikha, Yusuf Iskandar sudahpun didaftarkan sebagai pelajar. Memandangkan pada waktu ini kebanyakan sekolah ditut0p kerana Perintah Kawalan Pergerakan, Yusuf juga belajar secara dalam talian di rumah.
Meninjau akaun Instagram Hanis Zalikha, telah dikongsikan sekeping gambar yang menunjukkan Yusuf sedang mengikuti kelasnya di hari pertama. Dapat dilihat persekitaran bilik Yusuf yang cantik dan besar ruangannya. Yusuf yang disiapkan meja belajar bersama sebuah laptop untuk melancarkan pembelajarannya.
Terlihat pelbagai buku disusun dirak khas dan kelihatan seperti sebuah mini perpustakaan. Hanis sememangnya pakar dalam menghias dan setiap kali dikongsikan ruangan rumahnya, pasti peminat teruja dan memuji hasil dekorasi Hanis itu.

Tidak padat dengan perabot dan hiasan lain, bilik Yusuf ini nampak simple dan cukup kemas. Susunan buku juga mudah untuk diambil kerana cara susunannya yang sistematik itu. Yusuf juga nampak tersenyum dan gembira menjalani kelas online nya ini.
Jom baca perkongsian di bawah :
Dekorasi dalaman bilik Yusuf ini meraih perhatian daripada peminat. Besar dan sudut belajar tu nampak menarik sekali dan antara komen-komen mereka :
” Love mommy, cantiknya bilik Yusuf. Tenang yusuf nk belajar ada labrary, katil dan bilik air.. Macam mini library dah bilik Yusuf.. “
” Ni scholl ni. Besarnya bilik Yusuf macam library. House tour please, teringin sangat nak tengok rumah keknis. mesti cantik dan kemas sangat-sangat.. ” – Scha Alyahya
” Best nyer sudut tu, dah macam library. Beautiful room, teratur segala-galanya. Tenang la nk belajar ada environment macam ni. Good luck genius boy Yusuf.. “
” Bilik Yusuf ke tu, cantiknya. Tenang nak belajar. tengok picture ni, baca caption.. Terus kata woww. Bilik belajar yang sangat marvelous.. “
” Haniz pls buat home tour.. ur deco selalu superb n jd inspiration pd I. Kita ni bersabar jee tunggu keknis buat home tour.. “
” Ingatkan dalam library tadi, lawanya la hai bilik Yusuf. Ada sudut khas lagi, teratur betul. Such an inspiration, suasana macam dekat sekolah.. “
” Besaenyee bilik yusuf.. buat house tour.. sukaa tgka hasil deco hanis zalikha. Ingtkn yusuf kt library , rupanya dkt dlm bilik dia. look so rich with all books.. “
Memang cantik dan besar sungguh bilik Yusuf ini. Kalau hasil tangan Hanis memang tidak dinafikan pasti gemp4k dekorasinya. Pastinya Yusuf dapat belajar dengan tenang dalam suasana sebegini. Semoga Yusuf menjadi anak yang soleh dan pelajar yang pintar.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Hanis Zalikha
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tahniah Sally, putih melepak betul baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Ada plot twist rupanya, baru nak sebak tengok mula-mula tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Suruh basuh dulu baju sebelum pakai walaupun tu baju Jayden. Anak yang bijak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti4 days ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Bella ni apa je tak leh buat, multitasking betul. Cantik betul gubahan dia buat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Bila benda macam ni berlaku, tak boleh jumpa anak bila-bila masa. Benda tu memang tak best.. ” – Zain Saidin

