Artis / Selebriti
” Ni paling rare, sama-sama cium tangan, haha.. ” – Netizen
Video Gelagat Bell Ngasri Dan Suami Anne Ngasri, Dato’ Sumali Bersalaman Raya Buat Warganet Terhibur. Haa Sudah, Masing-Masing Confuse Siapa Patut Cium Tangan Siapa. Bila Adik Ipar Lagi Berusia, Macam Ni Lah Jadinya. Haha !!
Aidilfitri disambut dengan penuh kegembiraan bersama keluarga dan antara moment yang dinantikan adalah waktu bersalaman dan bermaafan. Ramai yang menangis ketika bermaafan dan tidak kurang juga yang menyakat antara satu sama lain.
Meninjau akaun Instagram Bell Ngasri , telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana ketika Bell ingin bersalaman raya bersama suami kepada adiknya, Datin Anne Ngasri iaitu Dato’ Sumali Reduan. Orang lain elok salamnya cuma sekali, tetapi Bell dan adik ipar perlu repeat kerana tersalah salam.
Walaupun usia Bell lebih muda daripada Dato’ Sumali tetapi disebabkan statusnya sebagai abang ipar kepada Dato’ Sumali, kedua-duanya menjadi keliru siapa yang perlu cium tangan siapa. Melihat gelagat Bell dan Dato’ Sumali membuatkan warganet terhibur.

Ketika Bell yang mencium tangan Dato’ Sumali, Anne kata itu silap kerana Bell adalah abang ipar. Maka diulang sekali lagi sesi bersalaman mereka. Kata Bell, kalah shooting kerana perlu ulang banyak kali. Dato’ Sumali pun kelakar rupanya, sekepala dengan abang ipar, hehe.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 12 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Tak rehearsal ni haha, mat ri ye bell. Kita pon selalu gini. kalau berjumpa semua kita cium tangan.. perasan diri muda.. ”
” Bila adik ipar lg “senior”, ni masalahnya .. Hahahaa .. Selamat Hari Raya haha.. kelakar tau.. ”
” Terpengaruh dgn unsur- unsur jenayah haha aduhlaaa.. Adoiii ni lawak.. hidup barkoba.. ”
” Adoiii jarang tak kelakar laa bell nii.. Adik ipar lebih tua dari abg ipar kan.. seronok tengok bell buat lawak sampai Datok pun pandai buat lawak juga.. ”
” Dgr cite sampai raya ke2 masih rehearsel haha.. datuk pon ada bakat melawak cm Yak yak yey..bell.. ”
” Dengar cita, sampai skrg dok bersalaman lagi.. tgk muka bell pun dah lawak.. eh dia abg u adikk. mengekek aku gelak. sudah konpiussss.. ”
” Bell klu tak problem, pening jugak ni haha.. letih la cmni smpi esok x abis ni.. jem ko ni bell.. ”
” Ni lawak haha.. klu tx buat bkn bell la name nye ya dok.. ni paling rare.. sama2 cium tangan.. ”
Kalau tak buat lawak memang bukan Bell lah namanya. Memang ramai sebenarnya yang menghadapi situasi seperti Bell ini. Persoalannya, perlu ikut usia atau status dalam keluarga. Jalan selamat, sama-sama cium tangan, selesai masalah, haha.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Bell Ngasri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Gorgeous, lawa dan sopan Sofea ni. Dah la cantik, soft spoken pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti2 days ago” Borak kacip bersama Mr E dua tahun lepas. Lama aku tahan video ni daripada post.. ” – Harris Annuar
-
Artis / Selebriti7 days ago” Patut gula tertumpah merata-rata, bersemut seluruh Malaysia. Alahai YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Mohon maaf sekiranya ada menyusahkan beberapa pihak.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Since i been like alone, I macam tak biasa but.. ” – Engku Aleesya



