Artis / Selebriti
” Ngakak tengok perangai dorang ni. Sekufu, sesudu dan segarfu, haha.. ” – Komen Netizen
Video Syamel dan Ernie Zakri membuat parodi tarian Khairulaming yang tular baru-baru ini buat warganet terhibur. Amboi, main peranan betul muka masing-masing yer. Gaya yang last tu serius lawak, KA pun siap bagi komen. Nak kenakan KA, sekali terkena balik lah, haha..
Satu demi satu warganet mengali video ‘ aib ‘ Khairulaming dan salah satunya adalah video Khairulaming menari. Tarian itu mencuit hati warganet. Ramai yang membuat parodi tarian tersebut termasuk lah pasangan penyanyi, Syamel dan Ernie Zakri.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Syamel Official, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Syamel dan Ernie menari tarian KA itu. Pasangan ini mengenakan busana raya daripada Bulan Bintang dan tulis Syamel di kapsyen, mereka ingin menguji keselesaan baju ini.
Gaya tarian Syamel dan Ernie menggeletek hati warganet. Syamel tidak pernah tidak lawak dan ekspresi wajahnya itu menambahkan lagi kelucuan. Ernie juga tidak kurang lucunya. Pasangan ini sememangnya sekepala kerana masing-masing perangainya sama.

Warganet yang menonton tarian Syamel dan Ernie turut terhibur dengan komen yang diberikan oleh Khairulaming. Niat Syamel ingin mengenakan Khairulaming, akhirnya diri sendiri terkena. Part last penutup tarian Syamel dan Ernie itu memang kelakar.
Jom tonton video di bawah :
@syamel_official Saja nak test keselesaan baju @Bulan Bintang Clothing HQ ternyata flexible dan selesa kan @erniezakri
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 95 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Haru kalau dak 2 orang ni buat, haha.. trend untuk puasa tahun ini. pasang muzik ni auto teringat kat KA.. “
” Penat lah aku dengan pasangan gila gila ni haha. pasangan sempoi.. ngakak tgk prangai dorang ni.. sekufu sesudu segarfu ni haha.. “
” Hahah dia dah hantar assignment dulu.. dah faham dah kenapa mereka berjodoh.. Raya nanti mesti ramai buat trend ni hahaha.. “
” Gais, ni sebahagian silibus KA juga yer, ni utk markah koko korg, buat btl², pastikan lutut kena bengkok yer dri atas ke bwh, dn dri bwh ke atas.. “
” Kelas nie 10% je marks.. Masuk dapur 90% marks. Klau skor dua2 four flat haha.. sem ni banyak sgt assignment.. praktikal ngn ujian menulis. ni tetiber ada tarian tradisional.. “
” Aku la depa dua ni menjadi sgguh, sekufu sgguh.. masuk air lah ekk hahha.. perangai betul.. gerakan Syamel yang paling on spot.. “
” Ini ketua ngn penolong kelas yg pertama tu kan.. Aku la kann… adoiiii.. Penat nak gelak.. Siap ada disney bounce, masuk air dua2 ni..”
Komen Khairul Aming :

Syamel dan Ernie yang selalu menceriakan warganet. Pastinya trend tarian ini akan berpanjangan dan lebih ramai lagi akan membuat ‘assignment‘ tarian tersebut. Selepas ini entah apa pula video ‘aib’ Khairulaming yang bakal tersebar. Bertabahlah KA.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Syamel
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tak boleh tahan aku, bila dengar part lirik ‘sayu hati ini’. Menangis weh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Lagu ni dah cukup sedih, arwah nyanyi bertambah sedih. Lagu peninggalan arwah sebagai kenangan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tak kan Elisya boleh request, i tak boleh request. Pilih kasih lah you ma.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Sakitnya tu sampai di sini. Sebak hati tengok dia datang kubur panggil nama anaknya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ikhlas dan redhanya dia, padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. ” – Komen Netizen

