Artis / Selebriti
” Nenek-nenek betul ni, gigil je tangan pakai lipstick, hahaha.. ” – Netizen
Video Zulin Aziz Membuat Tutorial Makeup Versi ‘Nenek-Nenek’ Buat Ramai Terhibur. Suara Pun Main Peranan. In Character Betul Zulin Ni, Menjadi Sangat !!
Selebriti, Zulin Aziz sudah cukup terkenal di kalangan peminat-peminat dengan kelebihan dirinya berlakon, menyanyi, melawak, mengacara dan pandai memasak serta lain-lain lagi. Sehubungan dengan bakat-bakatnya itu, Zulin Aziz digelar sebagai seorang selebriti wanita yang serba boleh.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram, Zulin telah berkongsi video membuat tutorial makeup. Tapi kali ini sangat menarik kerana Zulin menggunakan filter wajah menjadi lebih berusia dan berkongsi ilmu cara bersolek ketika sudah tua. Bukan itu sahaja, Zulin juga bercakap dengan membuat suara ‘nenek-nenek’ .
Menerusi video itu, Zulin berseloroh mengatakan ramai telah meminta dirinya untuk membuat tutorial makeup, lagi-lagi rakan-rakannya ketika ‘zaman muda dahulu’ seperti Uqasha Senrose, Elly Mazlein dan Sherry Alhadad. Perkongsian video oleh Zulin ini telah mengundang tawa warganet.

Gaya Zulin ketika memakai lipstick sambil tangannya menggigil-gigil sangat mencuit hati dan seolah-olah Zulin sudah betul-betul tua. Sehingga kini, video tutorial makeup Zulin telah menerima ribuan komen daripada warganet sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur menonton video lakonan Zulin pada kali ini dan memuji hasil solekannya. Antara komen-komen menarik adalah :
” Nenek-nenek betul ni, gigil je tangan pakai lipstick, hahaha.. Gelak dengar part ‘ nanti org kate kite org tua buang tebiat pulokkkk’ hahaha nenek so cool.. “
” Sampai ke tua comey je dia buat tutorial. Tak lenguh ke tu berdiri lama buat makeup.. Menjadi betul lah Zulin ni kalau berlakon, haha.. “
” Hahahahah suara pun main peranan, pakai lipstick tu mmg orang tua betul, aduhai Zulin, kau kalau tak buat orang penat ketawa memang tak boleh kan.. “
” Saya tak taw kawan kawan ada bulu mata ke tidok, hahaha getaq ii buh lipstik pun nk makeup lagi nuh.. Had0ii Zulin oii.. “
” Zulinnnnnnnnnnn ayat org tua sgt. Bagussss ada gak idea org yg berumor nk makeup nanti, terbaik dan menarik video ni.. “
” Hahahah dah jadi opah pun tetap lawooo.. Sekali tengok Zulin macam ni dah macam cara ad sorg ustazah tu bercakap… Alah lupa nama..Tp soft je.. “
” Hahahaa… Lawak la Zulin, eyeliner mcm ulau ekkk, hahahhahaaha kau kalau tak buat kelakar memang kan, rasa nk cubit je pipi opah ni, haha.. “
Alahai comel pula tengok telatah Zulin, patut lah ramai yang terhibur menonton video ini. Apa-apa pun meskipun Zulin sudah ‘ berusia ‘ wajahnya tetap maintain cantik. Semoga Zulin terus diberikan kesihatan yang baik selalu dan bahagia bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG zulinaziz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mama ayah ingat Myra just video call untuk wish Happy Anniversary.. ” – Amyra Rosli
-
Artis / Selebriti2 days ago” Yosh punya tone sangat sedap. Perghh, silap-silap boleh menyanyi dekat pentas AJL.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Berdekah aku dengar jawapan Spacedollah. Jawapan Bella memang brilliant.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kedua dua side, baik Mawi ataupun Ina matang dalam menjawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Lagu Perkeso dia ya Allah, tak boleh berhenti ketawa. Start Baby nyanyi aku dah berdekah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Hari tu punca saya warded adalah kerana.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti7 days ago” Selfie seorang balik dah dia. Be strong Kamal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sama cantik sama padan. Mak Shila masih muda dan cantik.. ” – Komen Netizen


