Connect with us

Artis / Selebriti

” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

Muatnaik video kongsi resepi masak Nasi Ayam, perkongsian oleh Bella Astillah raih perhatian ramai. Part last tu unexpected betul yer YB Syed Saddiq bagi rating kat Nasi Ayam Bella, hehe..

Meninjau di akaun Instagram milik Bella Astillah, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan dirinya berkongsi resipi Nasi Ayam versinya yang tersendiri. Perkongsian tersebut menarik perhatian ramai, apatah lagi melihat sisi Bella yang gemar memasak dan berkongsi menu istimewa buat peminat.

Menerusi video itu, Bella dilihat begitu teliti dalam setiap langkah penyediaan, daripada menyediakan bahan-bahan sehinggalah proses memasak Nasi Ayam tersebut. Gaya penyampaiannya yang santai dan bersahaja membuatkan ramai yang teruja untuk mencuba sendiri resipi yang dikongsikan.

Apa yang lebih mencuri perhatian, hasil masakan Bella kelihatan cukup menyelerakan dengan nasi yang gebu, ayam yang nampak berjus serta sambal yang menyengat selera. Jelas terpancar kesungguhan Bella dalam memastikan setiap hidangan yang disediakan tampak sempurna dan menyelerakan.

Malah bukan itu sahaja, di akhir video YB Syed Saddiq telah memberikan penilaian nasi ayam yang dimasak oleh Bella dan memuji masakan Bella dengan berkata ia sangat sedap dan menepati citarasanya. Reaksi spontan itu jelas menggambarkan keikhlasan serta penghargaan YB Syed Saddiq terhadap usaha Bella di dapur.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, pelbagai pujian telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya menyukai perkongsian video ini. Antara komen-komen menarik adalah :

” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. Btw tq Bella share resepi.. “

” The moment u put the chicken in the hot oil without even flinching, it shows u are a queen in your own kitchen. Well done Bella.. “

” Yg hujung tu peneman setia bella.. semoga bahagia selama lamanya sampai akhir usia.. Ya Allah perkenan doa kami.. “

” Dah la comel cantik kurus wangi putih pandai menari pandai menyanyi pandai segalanyaaaaaaa.. Hmmm mmg patut panggil kenduri, eh haha.. “

” Untung yb yerr…. Bukan jer ctik,pdi mskk, pandai cri duit…. Pas ni yb mmg kena pulun berlari jer.. Sbb org umh msk sdp2.. “

” 10/10 eh no no no tak boleh lah 10/10… 11/10.. Arrr rasa nak pengsan.. Hahhaaha sweet betul lah YB ni.. “

” Bkn saja she hebat dipentas guys… Tp she hebat jgk didapur ya… Tak kekok lgsung buat keje …. Abis lah encik tunang lps ni kena double buat work out sbb mkn sedap2 setiap hari drp air tangan future wife.. “

Perkongsian ini juga turut membuktikan bahawa Bella Astillah bukan sahaja berbakat dalam bidang seni, malah juga mempunyai kemahiran dalam dunia masakan. Semoga perkongsian seperti ini dapat memberi inspirasi kepada ramai untuk mencuba sesuatu yang baharu di dapur dan mengeratkan lagi hubungan bersama keluarga melalui hidangan istimewa.

Silakan SHARE..

Sumber : IG bellaastillah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

G2G Serum

Trending

Copyright © Berita Kopak