Artis / Selebriti
” Nangisss, happy for you.. ” – Wany Hasrita
Muatnaik Video Sedang Dilamar Seorang Jejaka, Perkongsian Nabila Razali Dihujani Ucapan Tahniah Oleh Rakan Selebriti Dan Juga Peminat. Wah Handsomenya Bakal Suami Bella. Tahniah Bella, Dah Nak Off Market !!
Nama penyanyi Nabila Razali menjadi topik hangat diperkatakan warganet beberapa bulan yang lalu apabila dikhabarkan sudah mengikat tali pertunangan bersama seorang ahli perniagaan yang juga bekas pelumba kereta litar Formula bernama Nik Iruwan.
Sekali lagi nama pelantun lagu Pematah Hati Cumi Cumi ini menjadi sebutan dan desas-desus mengatakan Nabila bakal mengakhiri zaman bujangnya pada 13 November. Nabila juga telah diraikan oleh kawan-kawannya dalam satu majlis Bachelorette Party.
Meninjau entry terbaru Nabila di Instagramnya, persoalan dan teka-teki peminat akhirnya terjawab. Nabila berkongsikan videonya sedang dilamar oleh Nik Iruwan diiring dengan background lagu cinta yang dinyanyikan sendiri oleh Nabila. Dapat dilihat dalam video ini ayat ‘ Will You Marry Me’ di belakang Nabila dan Nik Iruwan.

Kapsyen Nabila pastinya membuat ramai peminatnya tumpang gembira. Pendek sahaja coretan Nabila dan jawapannya adalah ‘ I said yes ‘ bersama hashtag Newchapter. Wah nampaknya seorang lagi bakal bergelar isteri tidak lama lagi.
Jom tonton video di bawah :
Hampir 10 ribu tanda suka telah pun dicatatkan untuk perkongsian oleh Nabila ini. Ucapan tahniah membanjiri posting oleh Nabila ini dan antara komen-komen yang dapat kami kongsikan bersama pembaca :
” Nangisssssssssssss happy for uuuuuuuuu ” – Wany Hasrita
” Congrats bella, happy for you… Happy Birthday.. Siyess laaa, bkn release lagu ea nii.. Semoga dipermudah setiap urusan kalian.. “
” Awwww congrats awakkkk.. happy for you.. Gurl crushhh congrats.. semOga ALLAH permudAhkan segalanya bUat awAk.. “
” New song ? Aaaaaa comel, congrats bride to be.. Alhamdulillah masyaAllah tahniah kak bella.. Wow tahniah, akhirnya.. “
” Ahhhh finally.. Congratulations you both.. Lagu ke betul ni ? Pape pn congrats la.. Heartiest congratulations Bella girl.. “
” Congratulations to both of u love birds.. Siyess laaa.. bkn release lagu ea nii.. soundtrack tuuuu.. Nak nangessss.. “
” Saye ingat saye nak buat mcm ni jugak tapi saye lupa saye takdek duit. Btw congrats.. ala awak, melepas saya tak dapat memiliki awak.. “
” Woooo Here’s to new beginnings and your NewChapter, Bella. You deserve only the best.. Congrats bella, happy for you… Happy Birthday.. “
Bila majlisnya tidak dinyatakan dan sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi daripada Nabila sendiri. Apa-apa pun, tahniah Nabila daripada kami di Berita Kopak dan semoga segala perancangan Nabila untuk ke jinjang pelamin dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Nabila Razali
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti2 days ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen



