Artis / Selebriti
” Nangis dengar, penyampaian yang sangat berat untuk Thalita. Tambah pula Isnin tu birthday Siti Sarah.. ” – Komen Netizen
Video Thalita belanja sedikit nyanyian untuk tugasan minggu ke 4 Talk To My Manager lagu Terakhir Untuk Teman buat ramai tersentuh. Suara Thalita penuh dengan penghayatan, sebijik suara Siti Sarah. Dengar tanpa muzik pun dah berderai air mata, touching sangat..
Lagu Terakhir Untuk Teman nyanyian arwah Siti Sarah dan Hazama bakal dinyanyikan semula oleh anak perempuannya, Thalita di pentas Talk To My Manager pada minggu ke 4 yang akan bersiaran pada hari Ahad ini tanggal 14 September 2025. Hazama juga akan tampil sebagai artis undangan bersama Thalita.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Lnnn3 dan puteraysg19, telah dikongsikan sedutan live Thalita bersama Shuib. Thalita yang dilanda demam sejak beberapa hari yang lalu masih kelihatan lemah dan belum sembuh sepenuhnya, namun tetap berusaha keras membuat latihan.
Menerusi video ini, Shuib memulakan nyanyian untuk part Hazama dan kemudian Thalita menyambung nyanyian tersebut. Mendengar kelunakan suara Thalita membuatkan ramai yang tersentuh hati. Low note Thalita saling tak tumpah seperti suara Siti Sarah.

Segalanya mirip, baik suara mahu pun lenggok nyanyiannya membuatkan warganet merasakan seperti mendengar Siti Sarah yang menyanyi. Baru teaser sahaja sudah ramai yang menangis, apatah lagi menonton persembahan penuh Thalita pada hari Ahad nanti. Sudah lah ulangtahun kelahiran Siti Sarah pada keesokan harinya, pasti lebih terasa di hati.
Jom tonton video di bawah :
@lnnn3_ Tone rendah dia tu paduh weyy.. sedap je dengar.Tak sabar nak tgk talita nyanyi lagu ibunya TTMM’4 nt. #TTMM #thalita #shuibsepahtu
@lnnn3_ Dia dalam Dia Lagu tanpa musik #TTMM #thalita #sitisarahraisuddin #alfatihah
@puteraysg19
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan :
” Tak boleh laa sedih dengar Thalita nyanyi lagu ni. dengan suara sebijik macam arwah sarah.. ya Allah, confirm ramai yang berderai airmata Ahad ni.. “
” Semoga Thalita kuat ketika menyanyikan lagu ni. Biar penonton menangis tp Thalita kena terus senyum. tiba2 sebak dgr & bergenang air mata kite dgr nye.. “
” Same xde beza pn ton suara ibu ngn dekta.. harap nti dekta dpt menghayati lgu ni besar maknanya.. kenapa rasa sedih ni.. “
” Meleleh air mta yanpa sedar sebiji suara ibu dia.. sama sangat2 tone suara thalita dan ibu… meremang bulu roma.. boleh bayangkan ahad ni semua akan nangis.. “
” Penyampaian yg sgt2 berat utk Thalita. Lagu ni istimewa sgt. Ahad ni mesti ramai nangis. Tambah pula isnin tu birthday Siti Sarah.. “
” Kelebihan Thalita ada kat Low tone dia which is sgt rare ada kat Penyanyi yg selalu diagungkn/dipandg tggi jika ada High Note.. Low tone Thalita itu diwarisi dari Arwah Siti Sarah untuknya.. sbb sebijik kalau kita amatinya.. “
” Yang last tone tu sebijik sangat-sangat macam arwah ibu dia.. klau x tengk rupa,sya x kn sangka yg nyanyi budak umur 12 thn.. semakin besar semakin suara ibu dia.. “
” Ya Allah nangis dengar.. lirik last tu thalita nyanyikan sebiji suara arwah siti sarah.. meremang badan dengar… good job thalita,tak sabar nak tggu hari ahad dekta bawa lagu ni.. “
” Dgr mcm ni pun dh.. Ahad ni ramai lh menangis.. suara Sarah ada dalam diri Thalita.. ALFATIHAH bt bidadari syurga Siti Sarah Raisuddin.. “
Meremang warganet mendengar suara Thalita membawakan lagu ini. Lenggok dan suara yang sama seperti ibunya. Pastinya ramai yang bakal menitiskan air mata mendengar persembahan Thalita di konsert TTMM Ahad ini. Lagu yang sangat bermakna dan istimewa peninggalan Siti Sarah. Al-fatihah untuk Siti Sarah.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok lnnn3_, Tiktok Puteraysg19
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dulu dulu takde ek upload moment gini. Nak tunjuk pandai jaga anak ke macam mana ek ? ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tengok muka Amira macam 1st time kan marah Fattah ni.. ” – Bell Ngasri
-
Artis / Selebriti2 days ago” Aku mak yang gagal pertahankan anak. Kalau ada apa-apa terjadi pada aku, biar anak aku.. ” – Ibu Puteri Balqis
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tak pernah lagi I kerjasama dengan model macam ni.. ” – Anzalna Nasir
-
Artis / Selebriti1 day ago” Finally Bella sendiri beritahu apa isi sampul envelope putih YB Saddiq tu. Kan betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Comel je Talita jadi jurucakap mommy dia, slang tu yang very catchy tau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Bijaknya Raudhah ni. Syok dengar Raudhah speaking, ada slang macam Cess jugak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya sedang mencari mummy saya. Mana mummy saya.. ” – Thalita

