Artis / Selebriti
” Nampaknya mood ahli parlimen Ammar Ahyan dah keluar. Gaya dia cakap dah macam YB Syed Saddiq, haha.. ” – Komen Netizen

Video Ammar Ahyan dan Qadejah El Zahra bercerita mengenai bapa mereka, Dato’ Seri Aliff Syukri buat ramai terhibur. Fuhh, dengar Ammar cakap dah macam ahli politik. Qadejah pun lawak bercerita, hehe..
Meninjau di akaun Instagram milik majalahremaja, telah dikongsikan video wawancara bersama dua orang anak usahawan kosmetik terkenal, Dato’ Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan dan Qadejah El Zahra. Untuk rekod, Ammar merupakan anak sulung, manakala Qadeejah pula merupakan anak kedua Dato’ Aliff.
Menerusi video itu, beberapa perkata ada ditanya kepada Ammar dan Qadejah mengenai Dato’ Aliff, istimewa sempena Hari Bapa. Antaranya, adalah satu streotaip yang salah dikatakan oleh masyarakat tentang keluarga mereka. Kata Ammar, ayahnya bukan seorang yang lembut dan menyifatkan Dato’ Aliff sebenarnya seorang ayah yang garang.
Selain itu, Ammar dan Qadejah ada berkongsi kenangan yang tidak dapat dilupakan mereka. Dato’ Aliff pernah mahu menghantar mereka ke sekolah mempunyai asrama. Seloroh Ammar, dia menangis tidak berhenti-henti kerana tidak mahu menjadi seorang ustaz kerana cita-citanya mahu menjadi seorang Ahli Politik.
Selain itu, Ammar turut berkongsi beberapa pesanan yang diberikan oleh Dato’ Aliff kepadanya. Perkongsian video ini juga telah menarik perhatian warganet. Ramai yang mengatakan suka melihat cara Ammar dan Qadejah bercakap.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Nampaknya mood ahli parlimen Ammar Ahyan dah keluar guys. Gaya dia cakap dah macam YB Syed Saddiq, haha.. Nice lah Ammar.. “
” Qadejah ni extrovert betul, haha.. Igtkan Ammar tak suka meniaga, rupanye dia sanggup amik alih business ayah dia.. Terbaik.. “
” Dato alif syukri ialah orang kaya yang memanusiakan anak2 nya… Anak2 dia tk teruja dgn kemewahan dan kenamaan.. Semoga ces dan amar tk lupa diri dan sentiasa berada bersama keluarga.. “
” Ammar Ahyan betul-betul anak Megah Holdings beb.. Cara dia cakap hala tuju hidup dia tu memang kita yang dengar pun terus rasa yakin.. “
” Patutla negaraku AHAHHAHA nak jadi ahli parlimen.. Ammar boleh ikot jejak Syed Saddiq, hahaha.. Sebiji weh gaya dia macam Syed Saddiq.. “
” Senang kerja cess smbung je apa ammarahyan cakap, Cess mcm Datin dri segi cara bercakap.. Perangai tu nampak gaya macam Dato Alip, hehe.. “
” Hahaha comel masing2 jawab soalan lagi2 Ammar tu.. Ammar walaupun tkda ekspresi muka, tapi dia pandai bercakap.. Ammar Ahyan anak yang sangat baik.. “
Selain itu, ramai yang memuji cara didikan Dato’ Aliff terhadap anak-anaknya yang diajar hidup dalam bersederhana walaupun mereka sebenarnya bergelar jutawan. Apa-apa pun, semoga cita-cita dan harapan Ammar serta Qadejah akan menjadi kenyataan dan segala urusan mereka dipermudahkan.
Silakan SHARE..
Sumber : IG majalahremaja, TikTok remaja.my
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral3 days ago
” Ya Allah, arwah macam dah dapat rasa dia nak pergi buat selamanya.. ” – Komen Netizen
-
Viral3 days ago
” Jika bas bergerak kelajuan biasa pun dia takut, apatah lagi jika bas itu bergerak laju.. ” – Kakak Nurly
-
Viral4 days ago
” Tengok keadaan pakaian, macam mana lah sakit yang arwah tanggung. Sumpah tak terbayang.. ” – Komen Netizen
-
Viral4 days ago
” AllahuAkbar dengan kawan lelaki pun soft spoken, bagusnya arwah. Nangis baca surat tu.. ” – Komen Netizen
-
Viral1 day ago
” Gambar terakhir arwah bagi saya.. ” – Teman Nur Dalila Farhana
-
Viral2 days ago
” Takdir tak mengizinkan kita jumpa depan-depan, tapi saya tahu awak dengar apa yang saya cerita.. ” – Gadis S
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Ini lah bidadari syurga yang Allah janjikan ahli syurga. Istimewanya Nurly di sisi Allah.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Macam tahu-tahu dia memang nak pergi dan tak kan kembali lagi. Tak terucap dengan kata-kata, sedih sangat.. ” – Komen Netizen