Artis / Selebriti
” Nampak loving and caring, sepadan sangat.. ” – Komen Netizen
Video Que Haidar membantu Fazura ketika berjalan buat ramai teruja. Alahai, sweetnya tengok cara Fazura pegang baju Que. Tersenyum bangga Que dapat bantu pimpin Faz yer, hehe..
Nama Que Haidar dan Nur Fazura kini semakin hangat menjadi sebutan warganet. Sejak bergandingan dalam kempen butik tekstil terkenal, Jakel, ramai yang mula menyedari keserasian antara mereka. Setiap perkongsian video yang memaparkan duo ini pasti meraih ribuan tontonan dan pelbagai reaksi daripada peminat.
Terbaru, menerusi akaun Instagram fazurafatimafc, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Que dan Fazura sedang berada di tempat penggambaran untuk butik Jakel. Menerusi video itu, kedua-duanya kelihatan sedang berbual sambil mereka berjalan bersama-sama.
Namun, apa yang benar-benar mencuri perhatian ialah satu momen spontan ketika Fazura berjalan di kawasan tanah yang tidak rata sambil memakai kasut tumit tinggi. Keadaan itu sedikit menyukarkan pergerakannya sehingga membuatkan Fazura dilihat menarik bahagian baju Que sebagai tanda meminta bantuan agar tidak terjatuh.

Reaksi Que pula cukup pantas dan bersahaja. Tanpa berfikir panjang, dia terus membantu dan memimpin Fazura berjalan dengan lebih stabil. Tindakan itu walaupun biasa, namun jelas menunjukkan sikap prihatin dan keserasian mereka ketika bekerja bersama.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Nampak loving and caring, sepadan sangat.. Kalau ada jodoh…inshallah, perkara yg baik jgn dilengah2kan.. “
” Ala ala ala so sweet… Yg melihat pun hati berbunga bunga.. Sekali kita pun tersenyum meleret2 ni, hehe.. “
” Tak jadi nak memasak niiiii. Asyik dok ulang2 tengok video ni.. Ambil la semua bumi ni Que Faz oii.. Kami pindah ke planet lain.. “
” Yang belakang tu gerammm laaa… Org kat depan tu tgh praktis nak berjalan atas karpet dewan kawen, HAHAHA.. “
” Lawak la reaksi muka que bila faz pegang lengan baju que hahaha.. Kembang kempis dia tahan senyum sebab seronok.. “
” Aku rasa aku mencairrr daa wey.. Semoga kamu sangat2 ikhlas ingin saling menjaga hati,saling menghargai.. “
” Sejak jd duda ni nampak segak bebenoo C Que ni.. Nmpak sepadan ngn Faz. So sweet lah, tengok dorang memang sekufu sangat.. “
Momen tersebut akhirnya menjadi topik hangat di ruangan komen. Ramai yang terhibur melihat gelagat spontan itu, malah tidak kurang juga yang memuji sikap profesional serta kemesraan mereka. Apa-apa pun, gandingan Que Haidar dan Fazura berjaya menarik perhatian ramai dan membuatkan setiap kemunculan mereka sentiasa dinanti-nantikan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG fazurafatima_fc
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti3 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya tak pernah cakap ni pun dekat wife saya. Kalau wife saya tengok, saya minta maaf.. ” – Naqiu
-
Artis / Selebriti2 days ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Comel betul Dato’ Siti menari. Tak relaks yang seluar hijau tu. Nak patah pinggang nengok, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ini jujur yer, bukan untuk.. ” – Aliff Aziz

