Artis / Selebriti
” Nampak Cik Yam seronok betul boleh pergi pasar. Cute tengok dia teruja dapat beli anak ayam, hehe.. ” – Komen Netizen
Video Fizo Omar membawa anak sulungnya, Wan Maryam ke Pasar Pendekar di Pasir Puteh, Kelantan raih perhatian ramai. Amboi seronok sungguh Cik Yam dapat beli anak ayam, nak tunggu sampai bertelur katanya..
Umum mengetahui menerusi perkahwinan pertama pelakon Fizo Omar bersama bekas isterinya, Mawar Karim, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama sebagai Wan Maryam. Kini, Wan Maryam atau mesra dengan panggilan Cik Yam telah pun berusia 8 tahun.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Fizo, telah dikongsikan video yang memaparkan Fizo sekeluarga pulang ke kampung halamannya di Kelatan. Menerusi video itu, Fizo ada pergi ke sebuah pasar yang dikenali dengan nama Pasar Pendekar di Pasir Puteh.
Kelihatan Maryam juga turut serta bersama Fizo pergi ke pasar tersebut. Maryam begitu teruja melihat suasana pasar itu. Bukan itu sahaja, Maryam juga membeli beberapa ekor anak ayam untuk dipelihara olehnya. Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet.

Ramai yang teruja menonton perkongsian video oleh Fizo ini. Ada juga mengatakan suka melihat telatah Maryam setelah dapat membeli anak-anak ayam itu. Sehingga kini, video Fizo itu telah menerima ratusan komen dan ribuan tanda suka daripada warganet setakat artikel ini di tulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya menyukai perkongsian video ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Nampak Cik Yam seronok betul boleh pergi pasar. Cute tengok dia teruja dapat anak ayam, hehe.. Best pasar nie.. Mcm masuk pasar dlm citer P.Ramlee.. Sape² dtg Kelate mari laa pasar nie.. Best.. “
” Bestnya.. Jare tngk ore kelate sdri up suasano pasar gini.. Kebanyakan hk dk tgk hk moden2 dan brg hk jual pn xrare supo hk psar ni.. “
” Hahaha… Nak tunggu sampai ada telur…. Comeiii la Yam.. Mesti lah Yam suka kan g pasar pendekar ni.. Macam2 ada kan.. “
” Happy nampak Maryam balik kampung daddy.. Hehehe ketawa kita dengar Maryam salah sebut ayam tu itik, hehe.. Comel lah ayam2 Maryam tu.. “
” MasyaAllah so cute so pretty Maryam.. Klu maryam dh besar blh jdi model dgn rambut macam ni.. Teruja dgn juadah2 yg di jual.. “
” Cantik sungguh anak dara tecik Fizo Mawar ni .Tecik lagi dah cantik & tomeiii.. Moga membesar jadi muslimah solehah yang cemerlang dunia dan akhirat.. “
” Seronok tngok cik yam.. Teruja masuk psr rasa suasana Kg.. Kita yang tengok video ni pun jadi rambang mata, menarik semuanya juadah2 yang dijual.. Tq Abe Joe, share video pasar.. “
Seronok sungguh Maryam, tak henti-henti dia ucapkan terima kasih kepada daddy setelah dapat membeli anak-anak ayam yang comel itu. Damai betul melihat suasana pasar yang Fizo sekeluarga kunjungi ini. Juadah yang dijual di pasar tersebut nampak sangat menyelerakan dan ada masakan yang rare atau susah dijumpai di tempat lain.

Silakan SHARE..
Sumber : IG fizoomar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti22 hours ago” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Semalam pertama Ramadhan seisi keluarga berbuka di rumah DS Tengku Zawyah dan DS Rayyan.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti4 days ago” Appa boleh, kakak boleh, kenapa Omma je tak boleh ? ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ikhlas dan redhanya dia, padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adoi comel suara Nyamma. Kita lock, lagu raya tercomel.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Laju wey, siap drift lagi tu, hebat .. ” – Komen Netizen

