Connect with us

Artis / Selebriti

” Nampak Cico makin sihat. Lama tak dengar khabar dia selepas dia sakit.. ” – Komen Netizen

Gambar Penampilan Terbaru Cico Harahap Ketika Hadir Di Satu Majlis Perkahwinan Raih Perhatian Ramai. Wah Lah Dah Tak Nampak Cico, Nampak Makin Sihat Sekarang. Terubat Rindu Peminat !!

Meninjau ke akaun Instagram Zulkifli Ismail, perkongsian beberapa keping gambar ketika menghadiri satu undangan majlis perkahwinan telah meraih perhatian ramai. Pengantin perempuan merupakan sepupu di sebelah isteri Zulkifli.

Manakala pengantin lelaki pula merupakan sepupu kepada pelakon Raja Ema dan juga anak kepada pelakon veteran Hajah Sukarni Jaafar. Majlis ini juga telah dihadiri dengan beberapa artis veteren dan legend yang sudah lama tidak muncul di kaca televisyen.

Antara mereka ialah Raja Ema, Dato’ Yusni Hamid, Datin Maria Arshad dan anak kepada pelakon Uji Rashid iaitu Cico Harahap. Penampilan Cico yang sudah lama menyepi dari sebarang media telah mencuri perhatian ramai dan Cico dilihat semakin sihat.

Perkongsian gambar-gambar ini telah menerima lebih tiga ratus tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Pasangan pengantin juga dilihat sama cantik dan sama padan dengan persalinan pengantin bertemakan moden.

Jom lihat perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN -> untuk gambar seterusnya,. )

Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :

” Tahniah kpd pasangan pengantin smga bhgia ddlm lindungan Allah hingga Jannah Aamiennn.. Semalam tak sempat jumpa abg, Ennie blk awal.. “

” Yg pakai songkok tu Chiko ke.. ank Penyanyi Uji Rashid.. moga dia sentiasa dihat.. Alhamdulillah semua dah nampak berusia apa pun bersyukur diberikan kesihatan yang baik.. “

” Semoga legend2 ni semua dipnjngkn umur mereka.. yg dberkati.. aamiin3.. Alhamdulillah chiko dh sht ,,moga trs dikurniakan kshtn yg baik buat nya.. “

” Alhamdulillah,Tahniah bertambah erat silaturahim.Seronok bertemu rakan2 seni seangkatan dulu ya Zul.Semoga pengantin mendapat keberkatan Allahswt sehingga ke Jannah.Aameen.. “

” Alhamdulillah n tahniah abg Zul/isteri sbb dpt sepupu in law.. Semuga Allah kekalkan jodoh mereka n kekal bahgia hingga ke Jannah. Aamiin.. “

” Alhamdulillah nmpk Chiko makin sihat. Lama tak dengar kabar dia selepas dia sakit tu. semoga sentiasa sihat.. semua dah tua.. “

” Raja Ema dng pelakon Zulkifli antara pelakon yang diminati.. Raja Ema dgn suara manja.. Semoga persahabatan kian bertaut.. “

Dengan perkongsian yang diberikan oleh Zulkifli ini pastinya mengubati rindu para peminat untuk melihat Chico dan artis-artis veteren yang masih kekal sihat. Semoga semuanya diberikan kesihatan yang berpanjangan dan berbahagia selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aktor Zulkifli, IG Cico Harahap

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT