Artis / Selebriti
” Nak marah, tapi soft spoken pula. Hurm terpaksa la sabar.. ” – Komen Netizen
Video Zahiril Adzhim memberikan penjelasan mengenai sikap pemarah Falah buat ramai cair. Adui intonasi suara si Falah ni kan, yang berapi nak marah pun boleh auto sejuk. Ayat last tu memang termakan pujuk lah dengar, haha..
Watak Falah yang dilakonkan oleh Zahiril Adzhim dalam drama rantaian Andai Tiada Dia memberikan impak kepada Zahiril. Lakonan yang mantap dan chemistry yang baik antara Zahiril dan Ummi Nazeera membuatkan penonton ternanti-nantikan tayangan setiap episod.
Meninjau entry terbaru di akaun Tiktok Meletop, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Zahiril menerangkan kepada semua mengapa Falah berubah sikap terhadap Suri. Bagi yang mengikuti drama hebat ini pastinya sedang makan hati melihat perangai Falah.
Layanan Falah yang semakin dingin terhadap Suri dek kerana emosinya terganggu kerana disahkan mengidap kanser membuatkan penonton merasa marah. Falah yang suka berahsia dan tidak mahu Suri mengetahui mengenai sakitnya itu rela menyakiti hati Suri supaya Suri membencinya.

Begitu in character Zahiril dalam video ini. Tambahnya lagi, Falah tidak bersalah dan dia berjanji tidak akan meninggalkan Suri. Lembut sahaja tutur kata yang diungkapkan, memang sama seperti gaya Falah bercakap dalam drama. Part ayat last ‘sabarlah’ itu boleh menghilangkan semua amarah penonton.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@mymeletop Falah tak salah, Falah bukan pemarah. Maka dengan itu, silakan dengar penjelasan ini – #AndaiTiadaDia #MekanikKirimanTuhan #Falah #ZahirilAdzim Jom Usha MeleTOP, Setiap Selasa, 9 malam di Astro Ria, On Demand serta strim Astro Go. Boleh layan di mana-mana saja, bila-bila masa! #JomUsha @MeleTOP #AstroGO #OnDemand
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Aku cair la dengan falah ni , cakap pulak lembut .. aih dah la aku ni ada laki , anak plak 3 hahaha.. “
” Fuh sampai nak kena explain kat luar.. ini da paaaraaahhh haha.. bila ketua explain mcm nie, bru rasa tenang sikit… #ketuataksalah.. “
” Suri patut tengok sooka bia dia tahu yang falah sakit.. nak merentan-rentan pulak ek.. geram.. “
” Nak marah, tapi soft spoken pulak. hurm. terpaksa la sabar.. eh.. eh.. eh… berulang-ulang kali aku nengok la.. “
” Sopan je.. ksian plak tgok falah.. falah tak salah.. betul.. falah tak sengaja semua tu.. dia nak tenangkan diri dia pon tak boleh.. mcm mna nak tenangkan suri yg asyik menekan2 tu.. “
” Tak masalah ni ayat last tu lembut je “sabar la”, meremang rasa haha.. okkk tenang sy bila mendengar ketua jawab persoalan..kami akan terus bersabar yeee falah yeee…xmarah dah…
” ‘ Sabarlah’…. dekat hujung tuuuu… Ketua memang cakap direct depan-depan dekat aku ke weiiiiiii.. ouhh blushing lah.. “
Alahai ketua, yang tengah meluap-luap hendak marahkan Falah pun boleh jadi cair mendengar suara lembut memujuknya itu. Sabarlah semua, Falah tak salah, semuanya kerana keadaan yang memaksa. Sama-sama lah semua penonton Andai Tiada Dia bertabah untuk melalui beberapa lagi episod sebelum ianya berakhir.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Meletop, IG Meletop
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ibu, anak perempuan you bagi I duit raya untuk pertama kalinya. Umur dia baru 13, tapi.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti7 days ago” Pecah perut aku ketawa. Tak boleh bawa Mr E masuk game show gini. Confirm kalah awal-awal, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti5 days ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen

