Connect with us

Viral

” Nak gali semula dan buat post mortem bukan keputusan yang mudah, dia tak nak anak dia sakit lagi.. ” – Komen Netizen

Ustazah Marhamah Rosli bercerita mengenai keadaan ibu Zara Qairina ketika proses post mortem dijalankan menyentuh hati ramai. Tak terbayang betapa besar kesedihan ibu Zara waktu itu. Sebak dengar cerita Ustazah Marhamah.. 

Proses penggalian semula dan post mortem Zara Qairina telah pun selesai dilakukan semalam. Setelah selesai sahaja post mortem yang berlangsung dari jam 11 pagi sehingga 7.30 malam, jenazah Zara terus dibawa kembali ke Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Mesapol untuk proses pengkebumian.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Era, telah dikongsikan satu video yang memaparkan perbualan antara penyampai Era, Haziq Hussni bersama Ustazah Marhamah Rosli. Bagi yang mengikuti kes Zara, Ustazah Marhamah antara orang yang paling awal ke depan yang memperjuangkan Zara.

Ujar Ustazah Marhamah, proses post mortem semalam berjalan dengan baik dan telus. Kawalan polis yang dilaksanakan sepanjang proses berlangsung juga sangat baik. Ustazah Marhamah setia menemani ibu Zara dan mereka solat, mengaji dan berzikir bersama di surau hospital.

Ketika ditanyakan mengenai keadaan ibu Zara ketika post mortem sedang dilakukan, pendedahan Ustazah Marhamah itu menyentuh hati. Seorang ibu yang terluka kerana anaknya pergi dalam keadaan yang tragis. Ianya keputusan yang sukar yang perlu dilakukan oleh ibu Zara.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

“Alhamdulillah ustazah Marhamah sentiasa menemani ibu arwah zarah.. Semoga ibu arwah diberi kekuatan kerana keadaan ini sudah pasti amat menyakitkan Ya Allah.. “

” Salute ustazah marhamah.. Alhamdulillah trima kasih ustazah marhamah.. Sedihhnya dengar keadaan ibu Zara tu.. kita yg xdak kena mengena pon sedih gila bila tgk ja wajah arwah.. ini kan pulak ibunya.. tu ja ank yg dia ada.. mau x sedih.. semoga ibu zara diberikan kekuatan & ketabahan.. “

” Wallahi, semalam asyik terkenangkan ibu zara je. Tak bhnti fikir apa yg ibu dia rasa bila jumpa arwah zara balik wpun skjap, kuatnya ibu zara menghadapi saat² postmortem tu. Tgok live utk kebumi arwah semalam, teringat kat ibu dia. Ntah mcm mana berat la rasanya nk lepaskan anak dia sbb arwah nk ‘balik’ dah selamanya.. “

” Saya sebagai ibu .. berada jauh di semenanjung pun saya pasti menanggis tidak henti2.. apatah lg ibu arwah sendiri.. “

” Doa dan airmata ibu itu dahsyat tuu… tembus 7 petala langit. bismillah… semoga ibunya zara diberi ketenangan hati dan kekuatan jiwa. ibu zara ni hebat orgnya, kerana ujiannya pon hebat.. “

” Ibu Zara wanita hebat pencinta ilmu suka berada di Taman2 Syurga di dunia( majlis ilmu) sudah pasti lah ALLAH redha hidupnya.. “

” Perjuangan seorang ibu. aku yang nangis weh.. Semoga ibu Zara diberi kekuatan fizikal dan mental. Tak terbayang situasi yg dilalui. mmg btol amek keputusn nk gali smula dan buat postmoterm bukn kputusn yg mudah dia xnk ank dia sakit lgi, tp demi keadilan.. “

Allah berikan kekuatan hati untuk ibu Zara menghadapi detik sukar itu. Sepayah dan seperit mana pun, ianya perlu dilalui demi mencari keadilan untuk anak tercinta. Semoga Allah berikan ketenangan untuk ibu Zara dan perjuangan untuk Zara akan diperolehi.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Era, FB Zara Qairina 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Handbag Cantik
Glad2Glow Powder

Trending

Copyright © Berita Kopak