Artis / Selebriti
” Naik bulu roma dengar suara Thalita. Boleh pula tone sebijik ibu dia, anugerah sungguh.. ” – Komen Netizen
Video anak perempuan Shuib Sepahtu, Thalita sedang mendendangkan lagu Ku Bersuara curi perhatian ramai. Fuh power lah suara Thalita. Lagu Ernie Zakri tapi dalam lenggok Siti Sarah. Padu lah Thalita, meremang dengar..
Selepas pemergian ibunya, Thalita mempunyai impian untuk menjadi penyanyi yang hebat, sama seperti arwah ibunya. Keinginan Thalita disambut baik oleh Shuib Sepahtu dan juga ayah Siti Sarah, Raissuddin Hamzah. Mereka memberikan sokongan yang penuh kepada Thalita.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok qhaistrpazy, telah dikongsikan satu video pendek yang memaparkan Thalita sedang berlatih menyanyi di rumah. Tidak terhad kepada lagu-lagu arwah ibunya sahaja, Thalita juga menyanyikan lagu daripada penyanyi lain.
Kali ini, Thalita mendendangkan lagu popular Ernie Zakri berjudul Ku Bersuara. Lontaran suara Thalita mengagumkan warganet yang mendengar dan ramai yang bersetuju lenggok nyanyian Thalita kini sangat mirip dan menyerupai lenggok Siti Sarah.

Lagu Ernie bukan lagu biasa-biasa kerana memerlukan nada suara yang tinggi. Ramai memuji suara Thalita yang semakin merdu. Lagu Ernie tetapi dibawakan dalam gaya Siti Sarah, teknik nyanyian Thalita sekarang juga semakin mantap. Thalita semakin banyak kemajuannya hasil usahanya mengikuti kelas vokal.
Jom tonton video di bawah :
@qhaistrpazy
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 700 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ada iras-iras vocal arwah ibu nya.. love sangat dengar, semakin matang dan mantap vocal Talita sekarang. Tahniah…. keep it up.. “
” Kenapa saya dengar saya yang nangis.. tone ibu dia sangat ni.. sangat sedap ujung-ujung tu.. tak sangka dekta suara selunak arwah ibu.. MG berbakat dekta.. “
” Wow love sangat suara Thalita the best.. Hebatnya awak talita… Smoga talita 1 hr nt bwk nama smpai keluar negara.. “
” Ya Allah suara mu Dekta.. Dah sebijik macam suara arwah Sarah ni.. lemak manis tu ada.. best yew.. Boleh pula tone sebiji ibu dia… Anugerah sungguh.. “
” Masyaallah.. Makin sama macam suara arwah Siti Sarah.. Baru 12 tahun dah semakin ada peningkatan suara dekta.. Dia dh mula beljar lengkok music dgn suara dia.. “
” Arwah Siti Sarah Raisuddin Hamzah Talita Shuib Sepahtu sedap.. meremang dik akak dengor2 suara Koo berkualiti..sgt..dh cam suara arwah ibunye.. “
” Go go Thalita.. semakin improve.. sebijik macam suara arwah ibunya laa…. naik bulu roma dengar.. dah ada pengganti arwah ibunya.. “
” Meremang woii terbaik Dekta.. makin sedap suaranya. good job dekta. semoga dekta berjaya dlm bidang yang dekta ceburi. tahniah.. “
Berbeza jauh vokal Thalita ketika awal kemunculannya dulu dengan vokalnya sekarang. Kawalan dan lenggok suara Thalita tak dinafikan kedengaran seperti sama dengan arwah Siti Sarah. Semoga Thalita berjaya mencapai impiannya untuk bergelar penyanyi hebat suatu hari nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Qhaistrpazy, IG Siti Sarah Raissuddin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tahniah Sally, putih melepak betul baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ada plot twist rupanya, baru nak sebak tengok mula-mula tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Suruh basuh dulu baju sebelum pakai walaupun tu baju Jayden. Anak yang bijak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ni baru boleh cakap cantik. Makeup nipis tapi menyerlah. Muka dia klasik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Yer, saham dia tinggi sekarang ustaz.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Auhh sweet, nak pengsan dah ni dengar ayat YB. Blushing kami YB oii, pengakuan paling mahal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tengok Kak Lina lari dah mengekek ketawa. Iklan paling penat ni Kak Lina, tercungap sama.. ” – Komen Netizen

