Artis / Selebriti
” Nabil dah kena badi Sherry, salah lagu. Part ni memang kelakar, haha.. ” – Komen Netizen
Video gelagat mencuit hati Nabil Ahmad tersalah menyanyi lagu ketika bonda Hetty Koes Endang memberi komen kepada Dadali Dyrga buat ramai terhibur. Confident sungguh Nabil, sekali salah daa. Berlari Nabil bila bonda naik atas pentas, haha..
Persaingan semakin sengit dan pentas Gegar Vaganza 11 minggu ke 6 semalam menyaksikan 2 orang bintang tersingkir. Semua peserta memberikan persembahan yang sehabis baik dan yang mereka mampu. Hanya yang benar-benar layak dipilih untuk ke minggu seterusnya.
Tidak hanya persembahan peserta yang menghiburkan, malah gelagat pengacara program ini, Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad juga menceriakan suasana. Meninjau entry di akaun Instagram Majalah Remaja, telah dikongsikan satu video yang memaparkan bonda Hetty Koes Endang sedang memberikan komen kepada Dadali Dyrga.
Ketika bonda meminta Dadali untuk menyanyikan semula sedikit rangkap lagunya, Nabil ‘membuat hal’ yang mengundang ketawa penonton. Lagu Alasanmu Exist yang sepatutnya Dadali nyanyikan, tetapi Nabil tersalah menyanyi lagu Judika.

Penuh yakin Nabil menyanyi mendahului Dadali dan ini menggamatkan suasana dengan gelak ketawa semua. Berlari Nabil ke bahagian pemuzik kerana bonda Hetty naik ke pentas. Disangkanya Bonda Hetty akan marah, rupa-rupanya Bonda Hetty bergurau dan ingin menunjukkan baju birunya kepada Nabil.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih ratusan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Bila orang kata price nabil mahal kenapa. ini contoh jawapannya.. Nabil ada value tersendiri yang tak ada pada pengacara lain.. “
” Part dyrga ni keras perut aku ketawa.. Nabil buat hal la kau.. Lawak spontan dan improvisasi nabil ni.. “
” Lawaklah Nabil ni.. nabil ni sape je yang dia takut ekkk.. Semua dia buat kelakar.. di luar kotak betul Nabil ni …. terbahak ketawa .. spontan abis.. “
” Nabil dah kena badi sherry dah salah lagu hahha.. marhaban tiba marhaban tibaaaaaa.. tapi memang kena kan.. macam masuk je lagu nabil nyanyi tu.. “
” Haha dia bagi judika terus.. tapi kena dengan melodi.. part ni memang kelakar gila.. bunda hetty ni kadang2 annoying .. kadang2 best sgt sb tk lokek ilmu.. nabil mmng suka mengusik.. “
” Weh sebelum nabil nyanyi lagu tu, aku dh nyanyi dlu.. terkejut aku haha.. sebab itulah nabil kekal pengacara GV hingga skrg.. kelakar giler.. “
” Dyrga ni kelakar jugak rupanya.. hahahaha adeehh part ni aku berdekak dgn si nabil.. tapi memang aku sendiri pun rasa bunyi drum tu macam lagu judika.. “
Nabil memang penceria suasana, bonda Hetty sendiri tidak dapat menahan ketawanya mendengar Nabil tersilap menyanyi lagu. Confident level Nabil memang terbaik lah. Bak komen warganet, Nabil sudah terkena ‘badi’ Sherry, lagu Ramadhan ditukar menjadi Marhaban, haha.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Majalah Remaja
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Perghhh dia sapu semua. Beauty with brain, bukan calang-calang ni .. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 hours ago” Masuk je Cikgu Azlan, terus berdekah. Nasib tak tersembur roti tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tahun 2023, kau dah berangan eh nak kahwin dengan Erra Fazira. Haa sila cerita, kantoi.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mula-mula dulu dia kata dia macam takde perasaan dengan kita. Sekali.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti5 days ago” Terbahak aku dengan random Amayan ni. Lawak lah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Spacedollah selamba je pecah rahsia Bella dengan YB Saddiq eh. Abang ipar green flag lah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ayash Affan yang semakin hari semakin bijak, kadang lidah Mummy yang terbelit nak speaking dengan dia.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suara Yosh tanpa muzik ni lagi sedap dan menyentuh hati.. ” – Komen Netizen

