Artis / Selebriti
” Mulut tak gerak pun tapi suara merdu. Amir dah tak malu-malu macam mula-mula muncul dulu.. ” – Komen Netizen
Video Sherry Alhadad Menyakat Amir Sisi Di Atas Pentas Buat Warganet Terhibur. Amboi Amir, Sempat Joget Lagi Ye. Sponton Je Amir Menyanyi Bila Sherry Suruh. Tak Perlu Muzik Pun Dah Merdu, Suara Emas Sungguh !!
Selepas menjuarai The Chosen One tahun lalu, Amir Sisi semakin mendapat perhatian dan banyak majlis menjemput amir sebagai artis jemputan. Antara yang terbaru adalah pelancaran majlis sambutan Minggu Perpaduan 2024 di Johor Bahru dan ia juga dihadiri oleh ramai lagi selebriti popular negara.
Menerusi akaun Tiktok Rocketfuel Entertainment, telah dikongsikan satu video yang memaparkan host majlis ini iaitu Sherry Al-Hadad mengusik Amir ketika mereka berada di atas pentas. Sherry memang seorang yang suka menyakat dan Amir pula melayan sahaja kerenah Sherry.
Sherry bertanyakan kepada Amir adakah boleh Amir menyanyikan lagu Exist. Lagu favourite Amir tentu lah lagu Untukmu Ibu dan Amir menyanyikan secara spontan tanpa sebarang iringin muzik. Suara Amir yang lunak dan merdu itu mendapat pujian daripada penonton yang hadir.

Anugerah Allah kepada Amir dikurniakan suara yang tidak jemu didengar. Bak kata Dato’ Awie dulu, Amir ini tidak perlu membuka mulut yang luas pun suaranya sudah kedengaran merdu. Lagu pula tema sedih, boleh menyentap jiwa dan membuatkan orang yang mendengar jadi sebak.
Jom tonton video di bawah :
@rocketfuelent Spontan pun padu lah @Amir Sisi 😍. Suka @sherry_alhadad kacau Amir 😂😂 #RFE
♬ original sound – Rocketfuel Entertainment – Rocketfuel Entertainment
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Tak sekarang ni dia nyanyi pakai apa. Mulut tak gerak pun tapi suara bapak merdu. Dari dulu duk perati tapi suara bukan main.. ”
” Amir tak mimingla.. memang suara sendiri Dari Dulu menyanyi mulut tak buka.. Itu istimewanya Unuk.. ”
” Amir suara merdu xpyah bukak mulut besar.. trik skit pun dh.. semoga hek berjaya Amir.. maii hik.. ”
” Amir dah tak malu malu macam mula-mula muncul dulu.. dia punya spirit menusukkk woooi…. terbaikk la.. Mmg padu wpun spontan.. ”
” Power suara Unuk, makin best.. Amir anak rimba yang mantap. Alhamdulillah Amir dah semakin berani. Bukan senang perform depan orang ramai kan.. ”
” Sedap g1la suara Amir ni.. tak guna muzik pun suaranya Allahuakbar.. suara yang asli.. meremang bila dia nyanyi, menusuk kalbu.. ”
” Adik Unuk ni buka je mulut sedap ….. sebutan dia jelas pas tu mendayu dayu lak tu.. sampai dah tak tau nak kata apa dah terlampau sedap suara tu.. ”
Banyak perubahan positif yang berlaku pada Amir sekarang. Anak rimba yang semakin yakin diri dan berani menyanyi di pentas besar bersama nama-nama yang hebat. Semoga Amir terus maju jaya dan menjadi bintang yang bersinar serta tercapai semua impian Amir dalam hidup, Insha Allah.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Rocketfuel Entertainment
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Memang berdekah lah dengar Erra bidas balik usikan Dato’ Awie tu. Kan dah kena setepek, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tahniah dapat menantu Kak Long Ziela. Sepadan, bagai pinang di belah dua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sembilu 3.0 Versi Gen Z. Tak sangka klon betul semua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Bergetar suara Mr E bercerita. Nampak dia happy, cool rupanya di sebalik penuh cerita sedih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tegas dalam menjawab tapi penuh dengan adab, tersusun cara bercakap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Saya macam, alah apa yang nak dikisahkan dengan Erra Fazira.. ” – Mr E
-
Artis / Selebriti5 days ago” Susah lah Sha nak repair balik dua beranak ni. Dua-dua dah rosak teruk, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Terus tergagap member tu. Sekali dah merah muka, haha.. ” – Komen Netizen

