Artis / Selebriti
” Mula tu rasa terharu. Sekali dia bubuh kaki dia, terus berdekah ketawa, haha.. ” – Komen Netizen
Achey Bocey Kongsi Video Gelagat Anaknya, Tiara Zinnirah Nasir Membantu Membuat Kerja Rumah Ketika Anne Sakit Buat Warganet Terhibur. Wah Rajinnya Tiara, Pandai Uruskan Rumah. Part Last Tu Lawak, Boleh Pula Tiara Letak Kaki Macam Tu, Haha !!
Tiara Zinnirah Nasir menjadi penghibur hati Achey Bocey dan isterinya, Anne. Kehadiran Tiara membawa banyak kebahagiaan dan kegembiraan kepada pasangan ini. Tiara yang kini sudah pun berusia 6 tahun dan membesar dengan baik serta penuh kasih sayang dicurahkan kepada anak kecil ini.
Meninjau entry di akaun Instagram Achey dan Tiktok Achey, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan gelagat Tiara ketika berada di rumah. Tulis Achey di ruangan kapsyen, Anne tidak sihat dan kerja menguruskan rumah tidak dapat dilakukan olehnya pada ketika itu.
Siapa sangka, anak sekecil Tiara sudah memahami erti tanggungjawab. Diam-diam, Tiara mengeluarkan baju yang sudah dibasuh dari mesin basuh dan dimasukkan ke dalam bakul. Achey memuji kerajinan Tiara itu dan tentunya akan ada rasa bangga kerana tindakan Tiara itu.

Namun lain jadinya selepas itu apabila Tiara memasukkan kepalanya ke dalam mesin basuh dan memijak baju di dalam bakul kerana bakul sudah penuh dengan baju. Langkah spontan Tiara itu menggeletek hati warganet yang menonton video ini.
Jom tonton video di bawah :
@achey_kintangkintung Alhamdulillah.. anak bertuah ni.. bila mama sihat dia mengada ngada.. semua benda susah nak buat…Bila mama tak sihat… baru muncul tanggungjawap dia… takpe lah asalkan awak faham apa itu tanggungjawap.. @tiaracandy_official @anne_achey21
♬ original sound – KEDAI ACHEY KINTANG KINTUNG – KEDAI ACHEY KINTANG KINTUNG
Perkongsian oleh Achey ini telah pun meraih lebih 20 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Pandai tiara.. tp bab dengan kaki tu memang rare haha.. dua-dua lawak.. mana anak pun tak sama naik lawak spontan je.. “
” Tulang 4 kerat digunakan sepenuhnya good job tiara.. Pakai kaki, pandai awak Tiara.. Tiara kalau tak buat lawak bukan tiara lah dia haha.. “
” Alhamdulillah Bagus tu dah betul dah tiara. Part kaki tu hahaha.. dah banyak bagi pujian, kaki terus masuk bakul.. henyak terus dengan kaki.. “
” Pandai Tiara berdikari… Alhamdulillah… kecik-kecik dah didik bertanggungjawab.. dia guna kaki guyss haha.. Tersembur air liur aku part Tiara pijak baju tu.. “
” Mula tu rasa terharu . Sekali dia bubuh kaki dia, terus berdekah gelak. Tiara dengan random berpisah tiada.. “
” Tang kaki tu memang win … akai bdk zmn 80 90 an.. aku dl nk ttp tv atau buka tv guna kaki je haha.. apa pun rajin Tiara tolong ye.. “
” Pandai tiara tolong mama ya….yang tak boleh tahan henyak baju pakai kaki dalam bakul haha.. Tiara jarang tak lawak.. “
Tiara dan perangai randomnya berpisah tiada. Mana lah tak terhibur warganet melihat aksi Tiara memijak kain menggunakan kaki itu. Spontan sungguh aksi Tiara sehinggakan Achey juga tidak boleh tahan gelak. Apa-apa pun, pujian harus diberikan untuk Tiara kerana boleh membantu menguruskan rumah ketika ibunya tidak sihat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Achey, Tiktok Achey
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lu buat gua sedih dong Pa. Adoh, lagi kerja ni.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti3 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sedap Merrah nyanyi lagu ni. Macam ni lah bunyinya kalau Dato’ Awie nyanyi lagu Dato’ Jamal, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Fuh masa meremang Aisy tarik part tinggi tu. Memang keturunan nada tinggi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Bella ni apa je tak leh buat, multitasking betul. Cantik betul gubahan dia buat.. ” – Komen Netizen

