Connect with us

Artis / Selebriti

” Muka dia menahan sedih dan air mata. Dia buat-buat senyum walaupun hati sebenarnya perit nak terima.. ” – Komen Netizen

Datin Almy Nadia kongsi video reaksi Dato’ Fizz Fairuz di parking kereta pada hari terakhir bersiaran di konti Suria FM undang sebak warganet. Sebaknya tengok ekspresi wajah Dato’ Fizz. Emosi yang bercampur baur..

Semalam Dato’ Fizz Fairuz telah pun memaklumkan yang dirinya akan bersiaran di Radio Suria FM bersama Ajak Shiro dan DJ Kai untuk kali terakhir. Ini adalah kerana dia ingin menumpukan perhatian kepada keluarganya pula di samping kontraknya bersama stesen radio itu sudah tamat tempoh.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Almy Nadia, telah dikongsikan satu video yang memaparkan reaksi Dato’ Fizz selepas melangkah keluar dari konti Suria dan ingin pulang ke rumah. Datin Almy yang sudah sedia menanti di dalam kereta merakamkan moment sedih ini sebagai kenangan.

Dato’ Fizz dikenali ramai sebagai seorang yang ceria dan selalu menghiburkan orang lain dengan jenakanya. Senyuman tidak pernah lekang dari wajahnya, namun semalam di sebalik senyuman Dato’ Fizz terpancar rasa sedih yang tidak dapat dibendung.

Hati siapa yang tidak sedih apabila kehilangan pekerjaan yang menjadi punca rezeki untuk menanggung keluarga. Pastinya banyak perkara yang bermain di fikiran Dato’ Fizz ketika itu. Tersentuh hati warganet melihat mimik wajah Dato’ Fizz itu dan turut merasai perasaan pilu yang Dato’ Fizz rasakan.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Mumy tahu korang kuat,rezeki Allah sangat besar ketika kite membesarkan anak2 insyaallah,be strong my brotha.. “

” InsyaAllah sahabat.. Rezeki Allah ini hebat. Jgn risau dan bersedih kerana Allah lebih mengetahui. Letakkan segala-galanya pada Allah setelah usaha dilakukan. Yg pergi teruskan pergi tapi hari yg mendatang perlulah dipertimbangkan.. Nnti kita jumpa bang.. “

” Dont worry brother.. InsyaAllah ada yg lebih besar akan hadir aminnnnn.. Dulu tyzo,pastu rara,skrg dato fiz. Yg ada bakat dan disukai oleh pendengar inilah selalu akan kena.. “

” Dato fizzfairuzofficial sorg yg kuat & sabar kami doakan semoga Dato Fizz dimudahkan urusan & dimurahkan rezeki berkat doa Datin almynadiaofficial_ dan anak2 inshaAllah rezeki Allah ni luas & Allah pasti tolong Dato.. “

” Ada BUNGKUSAN HADIAH YANG PALING BESAR Allah nak bagi lepas ni.. Aaa… Sy dgr pagi tadi masa nak prgi kerja… Suara dato tu… Kita ikut sebakkk.. ayat y sy igt.. sy perfectionis.. tak semua org boleh ikot cara kita.. huhu semoga rezeki byk lagi di luar sana dato n fmly… aamiin.. “

” Tak ceria dah lah lepasni. Suka dengar tokfizz , ajak, and kai dekat morning2 suria. Pagi2 dengar motivasi dari pelbagai topik. Semoga pintu rezeki tokfizz terbuka luas. Dan semoga dipermudahkan segala urusan tokfizz dan sekeluarga.. “

” Sebak, bahu seorang suami yang kuat pikul tanggungjawab. Sedih plk tgk muka dato fizz.. muka dia menahan sedih, airmata. dia buat2 senyum walaupun hati sbnrnye perit nk terima.. “

Orang yang selalu warganet lihat senyum tetapi apabila terluka hatinya begini sedikit sebanyak turut dirasai. Semoga rezeki yang lebih besar bakal datang untuk Dato’ Fizz selepas ini. Terus ceria dan kuat Dato’ Fizz kerana ramai yang masih menyokong Dato’ Fizz.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Almynadia

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Handbag Blink2
Bostanten Handbag

Trending

Copyright © Berita Kopak