Connect with us

Artis / Selebriti

” Moment i knew you were truly love with her was the moment.. ” – Spacedollah

Spacedollah dedah rahsia sempena majlis pertunangan adiknya, YB Syed Saddiq dan Bella Astillah buat ramai teruja. Wah, akhirnya Presiden BASS bocorkan rahsia YB Saddiq lah.. 

Akhirnya penantian peminat BASS berakhir petang ini apabila pelakon, Bella Astillah dan ahli politik, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengikat tali pertunangan dalam satu majlis yang berlangsung secara sederhana namun penuh meriah pada hari ini.

Menerusi hantaran di media sosial, Bella dilihat tampil anggun mengenakan busana ringkas berwarna hijau mint, dan perkongsian tersebut juga mencuri perhatian ramai dengan penampilannya yang sopan dan elegan sepanjang majlis tersebut.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik abang kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Spacedollah, telah dikongsikan gambar bersama pasangan tersebut serta menitipkan ucapan istimewa. Menerusi ucapan itu, Spacedollah turut mendedahkan sedikit rahsia mengenai adiknya yang selama ini mungkin tidak diketahui umum.

Ramai yang mengatakan pasangan ini sememangnya sepadan dan serasi bersama. Warganet juga tidak henti-henti meluahkan rasa gembira melihat kebahagiaan mereka. Malah, ramai turut mengucapkan terima kasih kepada Spacedollah atas perkongsian tersebut.

Ikuti perkongsian di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai apa yang ditulis oleh Spacedollah tersebut dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :

” They make such a beautiful couple, wishing them both all the happiness in the world.. Congrats Bella n YB.. “

” Alhamdulillah, today i banyak nangis bahagia bass akhirnya bertunangan.. Tumpang happy tengok korang..  “

” Yey..  Finally yg President BASS ada terlepas cakap tu sebenarnya benda betul.. Heeheh ini bukan cobaan, ini betul2 kejadian BASS dah bertunang.. “

” Terima kasih presidenf basss, malam ni netizen tak tidor asik scroll gambar ybss.. Tahniah ybss, semoga semuanya berjalan dengan lancar.. “

” Kami mau vitamin lagi wahai president BASS .. Jgn simpan da.. Kluarkan.. President sila spill lgi, hahaha.. “

” First time ye wedding artis kita nangis and happy sangat-samgat. YA ALLAH BUKAN WEDDING BUT TUNANG… Ni kalau wedding memang kemaruk sungguh ni. Alhamdulillah congrats.. “

” Lelaki mahal.. Tak mudah ucap cinta sayang sana sini pada mana2 perempuan.. Sweet betul YB ni rupanya.. Tahniah.. “

Detik pertunangan ini bukan sahaja menjadi kenangan manis buat mereka berdua, malah turut diraikan oleh para peminat yang sentiasa menyokong. Semoga hubungan yang dibina ini terus mekar hingga ke jinjang pelamin dan kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Silakan SHARE..

Sumber :IG truedollah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

 

Skintific Pore Clay Stick

Trending

Copyright © Berita Kopak