Artis / Selebriti
” Misha nyanyi test test, main-main pun sedap sangat dengar.. ” – Komen Netizen

Video Misha Omar Ketika Sesi Sound Check Sebelum Persembahannya Raih Pujian Ramai. Wah Masa Test Mic Pun Dah Sedap Macam Ni, Inikan Pula Persembahan Betul. Padu Lah Kak Mish !!
Meninjau di akaun Instagram milik radio Sinar telah dikongsikan video yang memaparkan saat penyanyi Misha Omar sedang sound check sebelum melakukan persembahannya di Konsert SYOK Fest Kita 2024 semalam. Menerusi video itu, Misha mencuba menyanyi beberapa lagunya iaitu Bunga-Bunga Cinta dan Sembunyi,
Misha yang tampil dengan memegang mikrofon berwarna kuning, menyanyi dengan penuh bersaja. Sesekali ketika sedang menyanyi, Misha juga sempat memberi tunduk hormat kepada penonton-penonton yang hadir melihatnya sedang sound check.
Beberapa video lain pula memaparkan ketika Misha membuat persembahan. Menerusi video kedua, dapat dilihat seorang peminat berduet bersama Misha menyanyikan lagu ‘Pulangkan’. Video ketiga pula persembahan Misha di atas pentas dan video keempat pula Misha menyanyi lagu barunya.
Perkongsian video-video ini telah menarik perhatian para peminat Misha. Ramai yang kagum mendengar suara Misha yang dikatakan seperti ‘telan kaset’. Selain itu, ada juga meluahkan rasa rindu apabila mendengar lagu-lagu nyanyian Misha yang pernah menjadi fenomena luar biasa pada suatu ketika dahulu.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-rata warganet menyukai persembahan Misha dan pelbagai respon telah diberikan mereka. Antara komen-komen menarik adalah :
” Misha nyanyi test test, main-main pun sedap sangat dengar.. Dengar je dia nyanyi auto rindu zaman lagu bunga2 cinta lah.. “
” Antara artis yang suara macam telan kaset, hehe… Maintain suara Kak Mitch kita.. Sedap betu lagu baru tu.. Tahniah Kak Mitch.. “
” Yeayyy saya pun jumpa dia juga.. Balik kerja terus pergi tau.. Suara diaaaaa sedapppppp sangat lah dengar depan2.. Layannnn sangat.. “
” Growinf up eith this song.. Lagi mantap kalau ada Andy Flop Poppy.. Memang gandingan paling ngam.. Lagu ni zaman aku cinta dlu.. Kenangan betul.. “
” Buat show pakai kemeja n jeans je.. Lagu top. suara top.. Penyanyi sekarang baju no 1.. Lagu sekarang byk kelaut.. Dah tak mcam lagu dlu2.. “
” We need konsert mega Misha Omar.. Plsssssss… Rindu betul lah nak dengar semua lagu2 Misha.. Boleh dikatakan semua lagu Misha best sangat.. “
” Lagu Pulangkan taun tak silap tahun 2004 ke 2005.. Takde lah lama sangat.. So genarasi sekarang pun rasanya ingat kot.. Hehe.. “
Walaupun Misha hanya menyanyi dalam keadaan bersahaja, suara Misha tetap maintain merdu. Misha antara salah seorang penyanyi yang ada auranya yang tersendiri. Apa-apa pun, semoga Misha terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburinya dan segala urusan sentiasa dipermudahkan.
Silakan SHARE..
Sumber : IG sinar_my, mishaomar, TikTok sinar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Berkaca-kaca mata Rina. Ending tu aku tak expect, aku pulak menangis teresak-esak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago
” Makin besar family Ashraf Muslim. Simple je nama anak, tak perlu pelik-pelik.. ” – Komen Netizen
-
Viral4 days ago
” Sedih dan pilu sangat-sangat. Air mata aku berderai-derai tengok mak dia peluk bantal arwah tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Adui lirik Dijah, terbahak aku ketawa. Mak siapa lah Dijah sebut tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Tahniah Elisya. Uniknya nama baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Eja lain, bunyi lain. Rina ikut dialog Pendekar Bujang Lapok ke ni, lucu haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Alooo sweetnya, sampai berulang kali tengok. Caring betul Abang Long pada Kak Long.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Saat di dunia Mummy jaga anak-anak ibu, saat kamu di syurga ada Ibu yang menjaga anak Mummy.. ” – Watie Hanifiah