Artis / Selebriti
” Mira ni kahwin lambat-lambat, nanti Mira ni ada expired date.. ” – Komen Netizen
Video Amira Othman kongsi cerita terima komen mengenai jodoh daripada netizen ketika sedang live. Alahai siapa lah yang sampai hati cakap macam tu kat Amira. Dah lah Amira tengah jual barang masa tu, terkesan katanya..
Nama Amira Othman menjadi sebutan ramai semenjak lagu single terbarunya ‘ Bila Nak Kahwin ‘ dilancarkan baru-baru ini. Dalam rangka promosinya, Amira hadir ke konti-konti radio dan antaranya Sinar FM untuk mempromosikan lagu terbarunya itu.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Sinar, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Amira bercerita kepada Falyq dan Hefny mengenai situasi ketika ditanyakan mengenai jodoh. Kata Amira, pernah terjadi ketika Amira sedang live menjual produk, dia diaju dengan soalan ini.
Amira tidak kisah jika hanya ditanya bila mahu kahwin tetapi soalan lanjutan daripada warganet yang mengatakan dia memilih dan ada expired date sedikit mengganggu Amira. Soal jodoh, Amira sendiri tidak tahu bagaimana ingin menjawabnya kerana dia tidak tahu siapa yang Allah aturkan untuknya.

Tambah Amira lagi kerana itu lah ada di dalam bait-bait lirik lagu barunya mengatakan jodoh itu ditakdir tuhan. Cara Amira menjawab dengan nada suaranya yang lemah lembut itu menyenangkan hati warganet. Bagus Amira, matang dalam berbicara dan tidak berperangai kebudak-budakan.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 300 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Biarlah dia memilih, dia kan yang nak kahwin. tak baik lah cakap tak tentu dan negative macam tu.. “
” Kalau kawen pun tapi tak bahagia lagilah kesian…by the way Amira Othman natural lawo.. “
” Ya betul Tu Amira yakin Allah takdirkan Yang Terbaik untuk Amira.. mira orang yang baik, jodohnya pasti yang baik juga.. “
” Wow u can answer well siih well done Mira.. tak emosi… soft je dia explain. percaya takdir Allah.. “
” Cantik dan bijak, suka tengok Amira Othman ni.. saya pernah beberapa Kali kena comment macam ni, kau tu memilih, kau tu nnt ada expired date.. “
” Bagusnya seorang wanita bernama Amira Othman ni bila berkata-kata. ayat dia tersusun dan tidak diisi dengan emosi.. profesional dan matang.. “
” Jodoh ni takde siapa pun tahu. itu kan rahsia tuhan. Allah pasti atur jodoh yang terbaik untuk Amira. yang pasti orang tu akan bimbing Mira ke jalan yang lebih baik.. “
Siapa, bila dan di mana pasti suatu hari nanti persoalan jodoh Amira akan terjawab. Allah akan menghantarkan seseorang yang terbaik untuk Amira apabila tiba masa yang sesuai dan terbaik. Semoga Amira ditemukan dengan seorang yang memahami dan menyayangi diri Amira.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sinar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti3 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 hours ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya tak pernah cakap ni pun dekat wife saya. Kalau wife saya tengok, saya minta maaf.. ” – Naqiu
-
Artis / Selebriti2 days ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Comel betul Dato’ Siti menari. Tak relaks yang seluar hijau tu. Nak patah pinggang nengok, hehe.. ” – Komen Netizen

