Artis / Selebriti
” Minat Arif Aiman tapi kirim salam Akhyar Rashid dan Faisal Halim. Lepas tu nak jersi Bergson, haha.. ” – Komen Netizen
Video Adik Sadha Yang Viral Pakai Jersi Selangor Tetapi Duduk Di Tempat Penyokong JDT Menjawab Panggilan Pemain JDT, Arif Aiman Di Konti Hot FM Buat Ramai Terhibur. Part Dia Petik Nama Faisal Halim, Akhyar Rashid Dan Bergson Tu Lawak Lah, Haha !!
Sebelum ini tular sebuah video yang memaparkan adik Sadha yang menonton bola sepak di stadium ketika perlawanan pasukan Selangor dan Johor Darul Ta’zim (JDT). Adik Sadha merupakan penyokong Selangor, namun duduk bersama dengan penyokong JDT. Gelagat adik Sadha cukup menghiburkan ramai.
Menerusi akaun Instagram HotFM, video adik Sadha yang dijemput sebagai tetamu di konti HotFm telah dikongsikan. Antara yang membuatkan ramai terhibur apabila adik Sadha diberi peluang untuk berbual bersama Arif Aiman yang merupakan pemain JDT melalui panggilan telefon.
Soalan pertama yang ditanya adik Sadha ialah mengapa JDT kalahkan selangor. Wah, jujur sangat soalan adik Sadha ni. Arif Aiman menjawab soalan adik Sadha dengan baik sekali. Apa yang menarik hati, adik Sadha turut menyebut beberapa nama pemain lain seperti Faisal Halim, Akhyar Rashid dan juga Bergson.

Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Pandai adik Sadha menghiburkan ramai pendengar pada pagi tadi. Memang tidak kering gusi dibuatnya. Boleh pula adik Sadha petik nama pemain-pemain lain ketika berbual dengan Arif Aiman, hehe.
Jom tonton video di bawah :
Video yang tular sebelum ini :
Di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan respon adik Sadha. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Minat Arif Aiman tapi kirim salam dgn Akhyar Rashid & Faisal Halim. Hujung² nak jersi Bergson. Yg ni laa aku gelak dekah dalam keta sampai moto sebelah usha jaa.. “
” Arif Aiman, humble guy. Jumpa di Bali last Dec. Terima kasih layan anak2 saya dalam dok kalut kat airport .. kartun la ko dik.. “
” Arif Aiman dipergunakan jea oleh adik sadha ni demi kepentingan & impian dia.. Nanti adik berlatih main bola ,boleh pengganti abg Arif dan faisal halim.. “
” Byk betul dia bagi pesanan pada Arif Aiman. Kirim Faisal & Akhyar, lepastu nak Jersi Bergson. Hahaha ingatkan nak minta Jersi Arif Aiman.. “
” Dik..talam ea..kata minat arif tp soh kirim slm kt faizal n akhyar hujung2 nk jersi bergson.. Random betul adik ni..habis semua dia petik. Kecuali Arif Aiman.. “
” Pagi tdi dgar dia nyanyi lagu Selangor dia gabung terus ye ngn lagipun jdt, barai kite gelak.. Mintak jersi bergson lepastu nk mintak sign sape dik ? Corbin ong .. “
” Random betul adik ni dia bercakap dgn arif aiman, nak jersi bergson Comel lahai. Betul2 gunakan segala kesempatan yg ade yee ko dik.. “
Oleh kerana video yang tular tempoh hari membuatkan adik Sadha dikenali seluruh Malaysia. Semoga adik Sadha menjadi seorang yang berjaya apabila dewasa kelak. Tidak mustahil jika adik Sadha menjadi pemain bola sepak kerana minatnya terhadap sukan tersebut.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Hotfm
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti1 day ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Bella ni apa je tak leh buat, multitasking betul. Cantik betul gubahan dia buat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Adoi Syafiq Kyle, tersedak aku makan dengar dia karok. Terkejut dengar, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kak Lina salah makan ubat gegat ke tadi ni. Risau tercabut kepala tu kang Kak Lina, haha.. ” – Komen Netizen

