Artis / Selebriti
” Meremang mat time ni, dah la duduk saf paling depan. Fuhh merdu suara Qawiy.. ” – Netizen
Perkongsian Video Qawiy Aro Membaca Al-Fatihah Versi Maqam Jiharkah Ketika Menjadi Imam Buat Ramai Kagum. Masya Allah Sedap Sungguh Alunan Suara Qawiy, Sungguh Tenang Bacaan Dan Taranumnya !!
Qawiy Aro antara pempengaruh yang mempunyai ramai pengikutnya di media sosial. Qawiy yang popular dengan content tebuk mengaji ini mempunyai caranya tersendiri dalam berdakwah dan mengajak orang ke arah kebaikan serta cintakan Al-Quran.
Bacaan Qawiy sememangnya disukai oleh semua orang. Bukan mengaji kosong, Qawiy juga pandai bertaranum dengan lenggok lagu yang menenangkan. Meninjau akaun Instagram Qawiy Aro, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Qawiy membaca surah Al-Fatihah versi maqam jiharkah.
Dek kerana ramai yang meminta untuk mendengar bacaan penuh, Qawiy merakamkan bacaan tersebut ketika menjadi imam. Tenang dan merdu, itu yang dapat dikatakan mengenai suara Qawiy ini. Ramai warganet yang menonton video ini suka dengan alunan suara Qawiy.

Kalau macam bacaan tok imam, 20 rakaat pun tak mengapa. Bacaan yang begitu mengasyikkan dan tidak jemu halwa telinga yang mendengar. Ramai juga lah para ibu yang menginginkan agar mendapat anak yang pandai mengaji dan bertaranum sedap seperti Qawiy.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 19 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Semput nak jiharkah tapi suka.. Dengar Imam baca tarannum Jiharkah rasa tenang je lagi-lagi suara Qawiy ni.. ”
” Mana nak cari jenis macam ni ek. arap-arap anak-anak nanti ada lah yang hafiz dan pandai mengaji macam qawiy ni.. sejuk perut mengandung.. ”
” Klau iman suara berlagu macamni kadang-kadang lagi semangat nak semayang terawih. 20 rakaat pun onz.. ”
” Subhanallah merdunya suara qawiy.. Bestnyaaa terawih camnii tapi ni boleh tidur ni.. sedap sangat.. ”
” Rumah tepi masjid ni, tak perasan lak dia imam. waktu terawih.. masyallah sedap betul dengar qawiy bace al fatihah.. ”
” Meremang mat time ni, dahla duduk saf paling depan fuhh merdu suara qawiy. best dengar jiharkah qawiy ni.. ”
” Allahhh sedapnyaa, tenang je rasa. merdu sungguh lantunan suara Qawiy. terbuai bacaan merdu ni.. keluar air mata akak dengar bacaan penuh syahdu.. ”
” Anak muda teruskan dgn amalan contoh yg baik mcm ni.. beruntungnya ibu bapa qawiy.. sejuk telinga, sejuk hati, sejuk perut.. MasyaAllah, sedap betul dgr.. ”
Sejuk perut ibu Qawiy mengandungkan anak yang soleh seperti Qawiy ini. Suara merdu yang boleh membuatkan makmum seronok untuk meneruskan ibadat. Siapa yang berdekatan boleh lah ke masjid yang Qawiy menjadi imam terawih ini ye.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Qawiy Aro
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Siti Sayah au au au au. Comel, bijaknya Ayash. Suka dengar dia sebut nama ibu macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ustazah, dia nak pi dapur pun, dia datang ci um tangan saya.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ni kalau ajak bergosip ni mesti comel kan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Eidrees memang transparent kan. Direct je dia tanya mummy depan semua orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Yang belakang tu bukan main intai celah tiang eh. Menyibuk je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Nangis saya. Bila dengar Amira cakap, auto masuk terus ke sudut hati yang paling dalam.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sebelum saya jumpa Puan Sakinah, saya search nama Puan Sakinah di internet.. ” – Ammar Ahyan
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sedap suaranya, lepas ni Hafiz boleh berduet dengan isterinya sendiri.. ” – Komen Netizen



