Artis / Selebriti
” Meremang dengar Amad nyanyi. Susah lagu ni, dia selamber je nyanyi. Dahsyat control suara.. ” – Komen Netizen
Video anak kedua Siti Nursairah Tarudin, Amad Dayyan menyanyi lagu Seribu Kemanisan raih pujian ramai. Wah sedapnya suara Amad, sama hebat dengan suara Umai. Menyanyi lagu Tokti dengan cara tersendiri, meremang dengar suara Amad..
Keluarga seni Dato’ Seri Siti Nurhaliza sememangnya memiliki suara yang sedap-sedap belaka. Kakak dan adik DS Siti dan anak saudaranya juga memiliki bakat yang besar dalam bidang nyanyian. Sebelum ini anak Sairah, Umairah pernah berjaya mengharumkan nama negara dalam satu pertandingan nyanyian.
Meninjau entry di akaun Instagram Siti Nursairah Tarudin, telah dikongsikan satu video yang memaparkan adik kepada Umai, Amad Dayyan membuat persembahan di majlis sekolahnya. Amad juga sama seperti Umai, memiliki suara yang lunak dan merdu didengar.
Menerusi video perkongsian ini, Amad mendendangkan salah satu lagu popular DS Siti yang berjudul Seribu Kemanisan. Suara merdu Amad membuatkan ramai yang meremang mendengarnya. Kata Sairah, ini adalah kali pertama Amad membuat persembahan pentas dan Amad berjaya melakukannya dengan cemerlang.

Ramai yang memuji suara Amad. Lagu ini memerlukan suara yang tinggi tetapi Amad boleh menyanyi part tinggi dengan santai dan bersahaja. Walaupun masih kecil, Amad dapat membuktikan yang dirinya mampu menyanyi dengan baik di hadapan orang ramai.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian oleh Sairah ini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan :
” Ya ampun nie adiknye umai ke suara merinding dengar.. Sedapnya suara dia. Habis ngalir bakat dari ibu.. sumpah sedap.. “
” Mak ai susah ni lagu ni.. pandai dia nyanyi.. Kenapa suara sedap-sedap anak sedara tok ti semua nie.. “
” Tengok siapa mak dia and mak sedara dia. Darah seni dan bakat tu tetap ada.. Lagu makiti dia jgk jd pilihan.. sedap suara amad.. “
” Sedaplah suara amad.. boleh jadi Pengganti Sudirman dan Anuar Zain ni.. semakin bersinar Amad.. tahniah Amad.. “
” Wowww… dahsyatnya control suara. Nanti suara dah pecah lagi sedap.. meremang dengar Amad nyanyi.. kemain mendayu tu.. “
” Susah lagu ni, dia selamber je nyanyi.. Keturunan penyanyi sungguh lah keluarga ni.. hebat sungguh.. “
” Sedapnya suara adik Umai ni.. saya ulang-ulang dengar. lagu tokti versi lelaki nyanyi yang paling best dengar.. “

Hebat nyanyian Amad, sehebat kakaknya Umai. Tidak mustahil jika terus digilap bakat yang ada, Amad boleh menjadi penyanyi pelapis untuk masa akan datang. Semoga Amad berjaya dalam pelajaran dan menjadi penyanyi tersohor suatu hari nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sitinursairahtarudin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ibu, anak perempuan you bagi I duit raya untuk pertama kalinya. Umur dia baru 13, tapi.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pecah perut aku ketawa. Tak boleh bawa Mr E masuk game show gini. Confirm kalah awal-awal, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti2 days ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aihh, dah kahwin pun pasrah lagi.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kakak Sarah dah besar macam ibu. Hampir tak kenal.. ” – Komen Netizen

