Artis / Selebriti
” Merdunya suara Amir mengaji, naik bulu roma acik dengar.. ” – Netizen
Video Adik Amir Tarannum Surah Al- Fatihah Raih Pujian Warganet. Alahai Sedap Betul Lah Suara Adik Amir Mengaji, Part Tarik Tu Memang Power Lah. Part Lagu Lemak Manis Tu Pun Padu, Mendayu-Dayu !!
Beberapa hari lalu telah tular video nyanyian seorang kanak-kanak lelaki yang dikenali dengan nama Amir di pertandingan nyanyian The Chosen One. Keunikan suara Adik Amir yang begitu syahdu dan penuh penghayatan ketika menyanyi membuat juri pertandingan tersebut, Datuk Awie sebak dan menangis.
Untuk pengetahuan umum, Adik Amir ini merupakan anak orang asli yang berasal dari Gerik, Perak. Cita-citanya untuk menjadi penyanyi terkenal mulai cerah apabila terpanggil untuk memasuk pertandingan The Chosen One di Astro Ceria.
Terbaru, meninjau di akaun TikTok milik Waheeda Fazira telah dikongsikan video yang memaparkan Adik Amir tarannum Surah Al-Fatihah ketika membuat video live. Suara Adik Amir ketika bertarannum Surah Al-Fatihah telah mendapat perhatian warganet.

Ada yang mengatakan bakat yang dimiliki oleh Adik Amir ini begitu luar biasa dan suaranya begitu merdu didengar. Sehingga kini, video Adik Amir ini telah menerima ratusan komen dan ditonton lebih 98 ribu tontonan sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok.
Tonton video di bawah ini :
@waheedafazira Replying to @goldenchain40 Adik Amir payung Surah Al-Fatihah dlm live @termoj.production6 .. Tahniah cikgu semua 🫡 #amirsisi
Di ruangan komen, ramai yang memberikan kata pujian dan mendoakan yang baik-baik buat Amir. Antara komen-komen wargnet yang menarik adalah :
” Merdunya suara Amir mengaji, naik bulu roma acik dengar.. Anugerah daripada Allah.. Semoga Adik Amir terus maju jaya.. “
” Kenapa bila budak ni nyanyi je.. Aku rasa nak nang1s walaupun bukan lagu sed1h.. Menusuk kalbu betul suara adik ni, auto jadi sebak.. “
” Tahniah adik serba bolih mantap terbaik persembahan mengaji, menyanyi boleh Malaysia Boleh adik Amir.. Nanti adik pasti berjaya.. “
” Subhanallah sedapnya suara dia.. Semoga suatu hari dpt menjadi seorg Qari.. Aamiin3.. Moga ramai yang mendoakan adik ini.. “
” Bagus adik Amir ni harap ustaz yg bimbing Amir ni teruskan lebih mendalam lagi.. Diasah bakatnya, moga kejayaan milik kamu adik Amir.. “
” Allahu mmg paduu suara kamu Amir.. Semoga membesar jadi anak soleh, jadi pendakwah terbaik… Aamiin, Aamiin, Aamiin.. “
” Rezeki amir dianugerah suara sedap, mengaji sedap.. Terbaik suara, semoga tarannum tajwid akan lebih hebat lg lepas ini.. “
Alahai memang merdu betul suara Adik Amir ni, part last tu comel jer tengok, sempat lagi Adik Amir ‘payung’ lagu Lemak Manis. Apa-apa pun semoga Adik Amir akan terus cemerlang bukan sahaja dalam bidang yang diminatinya, malah dalam pelajarannya juga, insyaAllah.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok waheedafazira
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Seorang nak beraya Gombak, seorang nak Shah Alam. Lucu, mengekek kita ketawa tengok dorang ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ya Allah, nangis lagi. Nada dan intonasi ucapan kali ni datang dari hati yang penuh cinta dan berbunga-bunga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Afwa pun join trend ni, bagus dia lead takbir raya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Dah lama Mama Bella pendam tu. Dengan kita sekali nangis dengar Mama cakap.. ” – Komen Netizen



