Artis / Selebriti
” Merajuk pun ada checkpoint yer. Korang punya menganjing memang win lah, haha.. ” – Netizen
Perkongsian Video Parodi Kekasih Merajuk Dan Berjalan Di Jalan Raya Oleh Hawa Rizwana Dan Pak Azad Buat Ramai Terhibur. Merajuk Versi Catwalk Ni, Siap Ada Checkpoint. Part Last Tu Paling Lawak, Insaf Terus. Haha !!
Tular semalam berkenaan satu video yang memaparkan seorang wanita merajuk dan berjalan di sepanjang jalan sambil diikuti kekasihnya dengan kereta. Ianya menjadi perhatian semua pengguna jalanraya dan ramai juga yang merakamkan aksi mereka.
Meninjau akaun Instagram Era FM, telah dikongsikan satu video parodi yang memaparkan Pak Azad dan Hawa Rizwana melakonkan kembali aksi viral tersebut. Bezanya yang merajuk adalah Pak Azad dan yang membawa kereta adalah Hawa.
Pak Azad yang sememangnya sangat pro berlakon membuatkan sketsa parodi ini menjadi lucu. Berjalan dengan penuh bergaya dan catwalk, reaksi muka Pak Azad mencuit hati rambut. Rambut Pak Azad juga turut memainkan peranan. Parodi kali ini merajuk gara-gara disuruh potong rambut.
Radin menambah lagi kelucuan apabila menjadi person in charge untuk 3 checkpoint Pak Azad. Punya lah jauh berjalan sampai ada 3 checkpoint. Pak Azad diberi minum air dan juga tasbih digital ketika berhenti di checkpoint. Setiap daripada mereka memainkan peranan dengan sebaik mungkin.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Aku pernah je camni tapi kejap je jumpa taxi aku tahan taxi.. benda susahkn diri berpanas macam tu.. kalau ada bas mau aku naik bas masa tu.. tapi yang best taxi bagi free… haha.. ”
” Tinggalkan jer Hawa, buat habis minyak jer pusing-pusing. Haha korang punya menganjing memang win lah.. lawak betul.. Mana budak perempuan yang merajuk tu haha.. ”
” Haha bengong la, ni parodi video semalam la ni. Merajuk pun jalan melentik lagi haha.. siap ada cek point lagi.. ”
” Hareyy betul Pak Azad ni haha.. Kalau over bagi dekat dia la semua hahaha. ini memang lawak lah. Siap ada checkpoint.. ”
” Merajuk pun ada checkpoint yer haha terbaiklah radin_era, hawarizwana dan azadsyaziraroses . boleh lah try lepas ni kalau saya merajuk hehe.. ”
” Si0t arr, lawak betul korang ni. Berbaloi ek merajuk kaki bengkak haha. Merajuk versi catwalk ni, siap ada checkpoint tu memang terbahak aku ketawa.. ”
” Perghhh.. Merajuk versi catwalk ni haha… Ini lawak, dengan checkpoint nya. Siap baca zikir tawaf satu tempat tu haha.. makin lawak lah parodi korang ni.. ”
Parodi yang menggeletak hati sesiapa sahaja yang menontonnya, menjadi lah Pak Azad punya merajuk tu. Bukan main catwalk lagi ye Pak Azad. Hawa pun semakin ‘masuk air’ apabila bergabung dengan Pak Azad. Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar hiburan semata-mata dan semoga pembaca turut terhibur.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pandai Ina jawab, soalan kontroversi ni. Bila isteri bijak jawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Talita dah besar tone suara macam ibu. Suara serak serak macam tu, sebijik tau gaya Siti Sarah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Sampai tak perasan muzik dah dihilangkan. Vokal sangat best walaupun tanpa muzik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ko jangan sampai laki dia datang cek nadi ko.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Clean la, suara tak goyang, nafas pun clean. Power betul suara Hafiz, suara telan kaset.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Aku menangis teresak-esak weh part ni. Sedih dengar Shuib nyanyi lagu ni, lagu kesukaan Jep.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Bila Kak Zie, main-main yer. Tak payah lah baca. Ye ke, bila, bila, haha.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Wah, gender and name reveal. Congrats Aina and Aqief.. ” – Komen Netizen