Artis / Selebriti
” Menyempat lagi yer Kak Lina kita buat kelakar. Last tu memang berdekah dengar.. ” -Komen Netizen
Video Elly Mazlein menyanyi di Majlis Resepsi Fattah Amin dan Amira Othman bersama peminat buat ramai terhibur. Kak Lina duk ulang menyanyi tak habis-habis, sampai naik pening band nak ikut rentak nyanyian Kak Lina. Lawak betul Kak Lina ni, haha..
Penyanyi, pelakon dan pengacara terkenal, Elly Mazlein atau mesra disapa Kak Lina Pom Pom sekali lagi mencuri perhatian apabila videonya menyanyi di majlis resepsi pasangan selebriti Fattah Amin dan Amira Othman menjadi viral. Kehadiran Elly bukan sahaja menceriakan suasana, malah membuat ramai terhibur dengan gelagat spontan dan suaranya yang menghiburkan.
Video pertama memaparkan Elly menyanyikan lagu Kasih nyanyian asal oleh Hetty Koes Endang. Suara lantang dan penuh emosi daripada Elly membuatkan ramai yang memuji persembahannya dan paling mencuit hati adalah gayanya yang bersahaja ketika menyanyi.
Rata-rata penonton dan para tetamu di majlis tersebut bergelak ketawa apabila Elly mengulang rangkap lagu berkali-kali. Sampai naik pening pemain muzik yang mengiringi nyanyian Elly dibuatnya. Manakala menerui video kedua pula, Elly dilihat berduet bersama seorang lelaki.

Elly dan lelaki tersebut menyanyikan lagu Pandang Pandang Jeling Jeling, nyanyian asal oleh Dato’ Seri Siti Nurhaliza dan Allahyarham Tan Sri S.M. Salim. Persembahan mereka itu turut mendapat sorakan dan tepukan daripada para tetamu yang hadir.
Tonton video di bawah ini :
@cleo_boy23 Hahaha bila nak habis ni Kak Lina 🤣 meriah majlis resepsi Setulus Takdir Fattah & Amira bersama peminat hari ni. 🫶🏻 @reshare IG • @inspirasi.my #resepsifansfattahdanamira #fattahamin #amiraothman #setulustakdirfattahamira #InspirasiUnifiTV
@unifiyourworld Meriah! Elly Mazlein dan Hardy Arbi jadi hos menceriakan semua tetamu Majlis Resepsi Setulus Takdir Fattah Amira 💍✨ Alami pelbagai hiburan kegemaran anda, semua dalam satu platform tanpa kontrak dan nikmati akses 30 hari tanpa sebarang bayaran di aplikasi Unifi TV 2.0. Muat turun sekarang di: onelink.to/unifitv #SetulusTakdirFattahAmira #UnifiTV #Unifi
Di ruangan komen, rata-ratanya warganet menyukai perkongsian video tersebut dan terhibur menonton telatah spontan Elly ketika menyanyi di majlis berkenaan. Antara komen-komen menarik yang ditinggalkan oleh warganet adalah:
” Menyempat lagi yer Kak Lina kita buat kelakar. Last tu memang berdekah dengar.. Kak Lina sangat menceriakan suasana lah.. “
” Haritu vibe konsert. Akhirnya tema kawin saripah kepom bawa. Sedapla suara kaklina ni. Lawo dia bertudung, manis.. “
” Dia ingt kat gv ke.. Lawak btl kak Kepom ni, mcm mane pun Kak Kepom ttp no syatuuuuu lah.. Powerrrrr sangat.. “
” Biasa la kepom ngn dunia dia.. Smpi mlm dik, naik pening lah geng band tu, haahahhaa.. Kak Lina the best.. “
” Finally sharifah kepom ada.. Tunggu2 tau mana lah sharifah ni tak datang majlis Fattah Amira.. Tengok2 siap menyanyi lagi dikkkk.. “
” Wowww nie baru betul Wedding of The Year back to back guysss, kau ada… Aku takde, hahaha.. Meriah betul lah majlis.. “
” Woww .. Kak lina kesayangan kita mantap giteww.. Baru ku terfikir, taknmpk lagi kak pompom kita gi wedding Fattmira, rasa mesti die g arni.. “
Memang tak pernah mengecewakan setiap kali Elly bernyanyi. Dengan suara yang merdu dan gaya bersahaja, tak hairanlah ramai yang sentiasa terhibur dengan kehadiran Elly Mazlein. Apa apa pun, persembahan Elly di majlis resepsi Fattah dan Amira ini akan meninggalkan kenangan manis buat semua yang hadir.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok cleo_boy23, unifiyourworld
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Talented lah Ayash, pandai nyanyi ikut tempo. Lagu evergreen tu Ayash, power lah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ibu bukan main lagi menyakat. Lagi panas si Hadie dengar madah Sallman tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Berdekah ketawa tengok Matin. Memang natural bakat seni menurun dari daddy.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Macam mana SS layan Ina dulu, itu hasil yang dapat dilihat pada Hadie.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tengok YB pegang Ayden tu touching sangat, so caring.. ” – Komen Netizen


