Artis / Selebriti
” Menyatakan saya berhias, wife pun bersiap-siap tapi Tiara selekeh, anak tak terurus.. ” – Achey
Video respon Achey Bocey mengenai isu ada yang mengecam penampilan anaknya, Tiara yang dikatakan selekeh dan suka pakai baju besar. Alahai kesian Tiara, kecil-kecil lagi dah kena kecam. Yang kecam tu sila hadam kata-kata Achey ni..
Meninjau di akaun TikTok milik mstarmalaysia, telah dikongsikan video yang memaparkan wartawan ada menemuramah pelawak, Achey. Menerusi video itu, Achey ada bercerita mengenai anaknya, Tiara yang bakal mengeluarkan sebuah lagu tidak lama lagi.
Sementara itu, wartawan turut bertanya kepada Achey mengenai isu baru-baru ini yang mana ada yang mengkritik mengenai penampilan Tiara yang dikatakan selekeh ketika hadir sebuah rancangan televisyen. Penuh tenang, Achey berkata, Tiara seorang kanak-kanak yang suka memakai pakaian yang bersaiz orang dewasa atau besar.
Kata Achey, bukan dia dan isteri tidak pernah mahu mencantikkan Tiara, tetapi Tiara tidak menyukainya dan tidak selesa dengan perkara tersebut. Bahkan, Achey ada menceritakan dia pernah menempah tiga pasang baju raya untuk Tiara yang nilai satu pasang berharga lebih tiga ratus ringgit dan ketiga-tiga baju tersebut dikoyak oleh Tiara kerana Tiara tidak selesa.

Achey juga berkata dia tidak akan mengikut kata-kata netizen yang memberikan arahan kepadanya untuk mencantikkan Tiara. Bagi Achey, biar Tiara melalui zaman kanak-kanaknya dengan penuh riang dan ianya sudah cukup membahagiakan Achey dan isteri.
Tonton video di bawah ini :
@mstarmalaysia Anak dikritik selekeh, tak bersiap semasa program raya… Achey beri Tiara pilih ikut keselesaan #sembangentertainment #mstar #achey #tiaracandy
Di ruangan komen, rata-ratanya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Achey dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Yg dok kecam2 tu entah2 zaman kecik2 dulu besaq tiara dok pakai seluaq katok lg dok panjat pokok dok dlm sungai telinga pun menanah kalut ank org.. “
” Biarla kanak2 berada di dunia kanak2, bagi dia puas dgn zaman kanak2. Yg penting agama didahulukan.. Bila dah dewasa dia ada kenangan zaman kanaknya yg indah seperti kanak2 yg lain.. “
” Bahasa yg lbh sng biar tiara dlm dunia kanak² dia.. Netizen sila duduk, ada mata tgk ada tlnga dgr ada mulut SENYAP.. Ok.. “
” Biar la budak tu enjoy. Ingat semua budak pmpn mau ka baju princess2, kepuk2 gitu. Ada budak rimas. Let the kids be kids.. “
” Biarlah Tiara enjoy her childhood freely.. Anak artis ke tak, doesn’t matter.. Hidup kita ikut keselesaan kita, bukan apa org ckp.. Tak ada standard piawaian how we should live our life.. “
” Abaikan ape y org ckp.. Zaman kanak2 dia lebih penting dari mulut org luar.. Biar dia rasa selesa dan y penting dia pandai bawak diri d ikut selesa dia.. “
” Aku suka Tiara pakai baju mcm tu. Semoga sampai besar pn dia pakai baju besar yg lebih menutup aurat & tak sendat. Bagus Tiara, acik suka.. “
Tidak semua kanak-kanak suka berhias atau berfesysen. Rasanya tidak perlu memaksa Tiara untuk memuaskan hati yang mengkritiknya. Apa-apa pun, yang penting, semoga Tiara terus membesar menjadi anak yang baik buat kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok mstarmalaysia, anne_achey
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Korang pernah terfikir tak macam mana Erra Fazira takde WhatsApp.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia supermarketkan rumah kita wak. Tak pernah tak buat hal Beatrice.. ” – Sheila Rusly
-
Artis / Selebriti1 day ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti4 days ago” Namie punya statement kaw kaw, sampai blushing YB. Berpeluh dah YB tu kena tanya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Aku la dua orang ni. Drama ek masing-masing, haha.. ” – Komen Netizen


