Artis / Selebriti
” Menyanyi macam ni pun dah terasa dekat hati, menangis lah dengar.. ” – Netizen
Video Ernie Zakri Cover Lagu Arwah Siti Sarah Berjudul Saat Hilang Cintamu Buat Warganet Tersentuh. Sedapnya Ernie Bawa Lagu Ni, Rasa Sayu Tu Menusuk Ke Dalam Hati !!
Salah satu lagu hits arwah Siti Sarah Raissuddin adalah lagu berjudul Saat Hilang Cintamu ciptaan Ajai. Lagu ini menjadi siulan ramai dan dimainkan selalu di corong radio sehingga ke saat ini. Ramai juga artis lain yang membuat cover lagu popular Siti Sarah ini.
Meninjau akaun TikTok Sarangspider, telah dikongsikan satu video yang memaparkan penyanyi wanita kesayangan ramai, Ernie Zakri menyanyikan lagu tersebut. Tak dinafikan Ernie sememangnya mempunyai mutu vokal yang bagus dan mampu membawakan apa sahaja lagu dengan baik.
Mendengar dendangan lagu asal Siti Sarah ini membuatkan ramai yang kagum dan tidak kurang juga yang merasa sayu. Ernie menyanyi dengan penuh penghayatan dan feel itu sampai ke hati yang menonton. Apabila menyanyi dari jiwa, ditambah pula dengan suara yang merdu, memang kedengaran begitu mengasyikkan.

Kata Ernie, lagu ini tersangat sedih dan setiap kali dia menyanyi lagu ini tentu rasa ingin menangis. Siapa tidak sayu kerana bait lagu ini cukup indah dan ingatan kepada arwah Siti Sarah terasa lebih kuat apabila mendengar lagu tersebut. Walaupub Ernie menyanyi sambil duduk, part tarik tu tetap power.
Jom tonton video di bawah :
@sarangspider Kini engkau menyesali 😭❤️🩹. #ErnieZakri #saathilangcintamu
Perkongsian ini telah pun meraih hampir 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Sedapnya suara Ernie.. tak payah mic echo pun just her and her voice.. Hanya menggunakan powerbank pun dah sesedap merdu.. ”
” Kak ninie always the best.. Dia nyanyi duduk bertelekung pun meresap rasa. What if she perform betul2 eh.. ”
” Kalau perform betul2 banj1r mata.. aa sedapnya auto nak keluar airmata huhuh.. rindunya pada sarah, lagu ni sebati betul dengan dia.. ”
” Nyanyi macam ni pun dah terasa dekat hati, nang1s lah dengar huhuh.. Best sangat suara kak Ninie.. ”
” Kalau dah suara sedap tu, raw vokal macam ni pun syahdu.. Sedap sangat-sangat terbuai rasa sayu datang.. ”
Kalau memang suara power, menyanyi secara santai seperti ini pun sudah kedengaran sedap. Memetik komen warganet, ini baru Ernie menyanyi sambil duduk. Kalau Ernie perform betul-betul tentu ramai yang mengalir air mata. Memang terasa sebak dan rasa rindu itu.

Apa-apa pun, sedap suara Ernie dan menghiburkan halwa telinga warganet yang menonton. Semoga perkongsian ini juga mampu menghiburkan hati semua pembaca dan sama-sama kita doakan agar arwah Siti Sarah Raissuddin tenang di sana serta ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Sarangspider
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Seorang nak beraya Gombak, seorang nak Shah Alam. Lucu, mengekek kita ketawa tengok dorang ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ya Allah, nangis lagi. Nada dan intonasi ucapan kali ni datang dari hati yang penuh cinta dan berbunga-bunga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Alhamdulillah, Sky berani baca Al-Quran depan orang ramai.. ” – Komen Netizen

