Artis / Selebriti
” Menitik air mata jantan aku dengar lagu ni. Deep sangat.. ” – Komen Netizen
Video lagu terbaru Fattah Amin berjudul Lelaki Terakhir buat ramai tersentuh. Sebaknya bila dengar bait-bait lirik lagu ini, seolah-olah menggambarkan kisah hidup Fattah. Lebih-lebih lagi part yang last tu, sedih sangat..
Dalam kesibukan Fattah Amin melaksanakan amanah sebagai duta produk dan pelakon, Fattah sempat merakamkan satu lagu single yang bakal digunakan sebagai OST drama Keluarga Itu yang akan bersiaran pada bulan Ramadhan nanti. Lagu ini diberi judul Lelaki Terakhir.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Thefa_team, telah dikongsikan satu sedutan video yang memperdengarkan lagu tersebut. Ramai yang memuji kemerduan suara Fattah dan genre sebegini sangat bersesuaian dengan vokal Fattah. Ada juga yang mengatakan suara Fattah iras dengan suara penyanyi jiran, Irwan Syah.
Selain kemerduan suara Fattah, lirik lagu ini juga menjadi tumpuan ramai. Ianya mengisahkan kesedihan seorang lelaki yang terpaksa berpisah bersama insan tersayang dan dikurniakan seorang permata hati. Warganet turut merasakan lagu ini adalah untuk anaknya, Fatima Aisya.

Bait-bait liriknya seakan menceritakan segala kesedihan yang Fattah lalu sebelum ini. Tersentuh warganet mendengar lagu ini dari awal sehingga ke akhir. Apatah lagi lirik lagu ini turut ditulis bersama oleh Fattah dan Mel Ramlan. Lelaki Terakhir yang akan sentiasa menyayangi insan tersayang.
Jom tonton video di bawah (tonton video penuh di hujung artikel) :
@thefa_teamofficial L E L A K I T E R A K H I R Boleh dengar di SPOTIFY okay 🥰🎧🎶🎵🎼 #FattahAminLelakiTerakhir #LelakiTerakhir #FattahAmin #KeluargaItu #OST #spotify #spotifyplaylist #spotify🎧 #fyp #fypage #fyppppppppppppppppppppppp @FattahAmin
Perkongsian ini telah pun meraih ratusan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Lagu khas untuk anaknya, Fatima.. kasih untuk anak sampai ke syurga.. untuk isteri kadang kadang akan diuji jua.. “
” Suara Fatah mcm Irwansyah.. Lagi genre mcm ni mmg sesuai utk FA.. tahniah Fattah sedap lagu ni. Suara pun makin best.. “
” Ayat last tu. Mungkin kah lagi bersama, Hanya tinggal kenangan’, tiba lak rasa sedih.. apa pun jalan terus Fattah. Semoga bahagia dan terus berjaya.. “
” Best lagu ni walaupun sedih.. bukan mudah untuk lelaki baik ini melupakan.. Kenapa air mata laju jatuh ni.. adui hati tisu betul lah lagi2 lirik last tu.. “
” Best sgt, dah ulang byk kali dah… xsangka best jgk vokal fattah siap bleh high note lg… good job FA.. “
” Melodi dan liriknya sangat menyentuh hati.. Sumpah tak kering air mata.. lagu yang menyentuh jiwa.. umpama perjalanan hidup Fattah.. “
” Jika ku lelaki terakhir yg akn selalu menjagamu… dlm badai dn tenang cinta dia truji…. “permata cinta(merujuk PD Fatima) tanda kita tetap menjaga biar sampai ke syurga… “bintang dimlm sunyi aku tetap disini aku bersujud merayu pdmu ya Rabbi…. mungkinkah lgi brsama hanya tingl kenangan…. bila dgr lirik lagu CM UTK EX dn Fatima .. kita pun xnk kaitkan gn EX dia tapi UTK melodi dia sama gn situasi dia skrg.. “
” Menitik air mata jantan aku dengar lagu ni. Deep sangat, sekali baca dan hayati dah faham maksud tersirat dan kesedihannya.. ”

Liriknya menyentuh hati dan ada makna tersirat di sebalik bait-bait liriknya itu. Keseluruhan, lagu ini dinyanyikan dengan cukup baik dan berjaya menambat hati warganet. Semoga segala yang baik-baik untuk Fattah dan Allah kurniakan kehidupan yang terbaik dan membahagiakan.
Tonton video penuh di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Thefa_team / Youtube Channel Fattah Amin / IG Fattah Amin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lu buat gua sedih dong Pa. Adoh, lagi kerja ni.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti6 days ago” Impian Erra sedih la, Mr E pun nampak berubah wajah dengar impian Erra tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedap Merrah nyanyi lagu ni. Macam ni lah bunyinya kalau Dato’ Awie nyanyi lagu Dato’ Jamal, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia merajuk tapi dia rindu, dia jual mahal tapi dia nak.. ” – Kamal Adli
-
Artis / Selebriti2 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Fuh masa meremang Aisy tarik part tinggi tu. Memang keturunan nada tinggi.. ” – Komen Netizen

