Artis / Selebriti
” Mengekek kami gelak, nasib lah tak terpelanting keluar, haha.. ” – Netizen
Video Telatah Abby Abadi Bersama Suaminya, Memey Suhaiza Serta Norman Hakim Ke Dusun Durian Buat Ramai Terhibur. Kuat Betul Penangan Durian Ek, Sangup Sanggup Harungi Apa Saja, Nasib Telefon Tu Tak Tercampak Sekali, Hehe !!
Bagi yang suka mengikuti perkembangan pelakon Norman Hakim pasti mengetahui Norman begitu rapat dengan bekas isterinya, Abby Abadi. Bukan mereka berdua sahaja mempunyai hubungan baik, malah Abby juga turut rapat dengan isteri Norman, Memey Suhaiza.
Banyak video mahupun gambar yang dikongsikan oleh Abby dan Memey di media sosial yang memaparkan mereka melakukan pelbagai aktiviti bersama. Terbaru, meninjau di akaun Instagram Abby, telah memuatnaik video Abby bersama suaminya, Memey, dan Norman Hakim telah pergi ke sebuah dusun durian.
Telatah Abby dan Memey menerusi video itu telah mencuit hati warganet. Hal ini kerana, perjalanan mereka untuk ke dusun durian sangat mencabar sehinggakan Abby serta Memey hampir terpelanting ketika menaiki kereta pacuan empat roda.

Selain itu, video lain pula, telah memaparkan mereka semua telah sampai ke dusun durian dan menikmati pelbagai jenis durian. Sehingga kini, video yang dikongsikan oleh Abby telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini
Di ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa terhibur mereka setelah melihat telatah Abby dan Memey menerusi video yang dikongsikan tersebut. Antara komen-komen warganet adalah :
” Mengekek kami gelak, nasib lah tak terpelanting keluar, haha.. Kuat betul pengangan buah durian ni, hahaha adoi lah.. “
” Ikut gelak juga, macam2 hal betul lah korang ni.. Btw suka tengok keluarga bahagia korang, semoga terus kekal bahagia.. “
” Seronoknya tengok Abby dan Memey, hahaha.. Mana aci naik kereta, kena haiking lah mama, baru nikmat.. “
” Byk kali kita tgk biar kak Abby ngan Memey tergolek byk kali, haha.. Naik pen1ng si suami2 tengok perangai si isteri2.. “
” Hahahaha dari awal tengok video ni memang dah start ketawa, memang gigih betul kan kita perempuan ni, suka sgt buat video.. “
” Dari nak naik 4×4 tu pun… Dah tergelak dah tengok, haha boleh plak tanya soalan.. Haa pastu. Hahaahahaaa.. “
” Ya Allah.. Demi sesuap durian sampai tergolek dua mommy.. Suka tengok fmly ni happy aje.. Alhamdulillah semoga bahgia sampai ke Jannah.. “
Terhibur tengok masing-masing jat0h. Part suami Abby tolong angkat Abby tu memang kelakar, tak naik-naik pun. Apa-apa pun semoga keakraban keluarga Abby bersama keluarga Norman ini akan terus kekal bahagia sampai bila-bila.

Silakan SHARE..
Sumber : IG mamayebbyabadi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti5 days ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Cantiknya bakal menantu. Macam iras muka Memey.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Moment i knew you were truly love with her was the moment.. ” – Spacedollah

