Artis / Selebriti
” Mengekek gelak tengok Fizo dengan Fazeera ni, haha.. ” – Netizen
Video Fizo Omar Bermain Teka Perkataan Kelantan Vs Sarawak Bersama Isterinya, Fazeera Buat Peminat Terhibur. Ad0i Perkataan Pun Ada Yang Tak Pernah Dengar Ni. Part Janggut Tu Paling Lawak, Berdekah Abe Joe !!
Mendirikan rumahtangga bersama pasangan yang berlainan negeri adakalanya memerlukan kita untuk memahami percakapan atau loghat negeri pasangan kita. Apatah lagi jika loghatnya pekat dan jarang didengar.
Meninjau akaun Instagram Fizo Omar, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Fizo bersama isterinya, Fazeera bermain teka perkataan Kelantan dan Sarawak. Macam-macam perkataan yang keluar yang membuatkan tidak hanya Fizo berdekah malahan peminat yang menonton juga turut sama terhibur.
Kata Fizo di kapsyennya, memang kedengaran pel1k perkataannya, namun perlulah belajar kedua-dua loghat supaya bakal anak nanti boleh memahami kedua-dua loghat tersebut. Dimulakan dengan Fizo, perkataan pertama yang disoal kepada Fazeera adalah ‘ jabir rokrat ‘ .

Selain perkataan itu, perkataan ‘ jangok ‘ buat Fizo tergelak besar mendengar jawapan daripada Fazeera. Mendengar Fazeera menjawab janggut sahaja terus berdekah Fizo dibuatnya. Alahai memang lucu bermain permainan sebegini namun dapat menambah pengetahuan.
Jom tonton video di bawah :
Setakat hari ini, posting oleh Fizo ini telahpun ditonton oleh lebih 280 ribu tontonan. Lawak sungguh pasangan FF ini dan antara komen-komen peminat :
” Haha lucu macam takde energy nak bercakap. Suka tgk abe jo ngn wife dia.. nmpk abe jo lg dominan.. “
” Berdekah akak, sweet je. Lama tak dengar perkataan tu sejak arw4h mak dah tak ada. Lucu betul Fizo dengan wife, terhibur tengok.. “
” Haha ad0h kena kecek kelate banyak lagi tu wife abe joe haha. Happy sokmo tgk both ni.. smg kekal bahagia hingga ke Jannah Amin.. “
” So sweet, pen4t sampai sak1t perut gelak haha. Sweet couple, suka tengok isteri abe joe, soft spoken. Cantik dan nampak matang.. “
” Indahnya bahasa, comel je dua dua ni. Tu belum keluar lagi ayat yang pel1k pel1k, lagi lucu agaknya haha.. “
” Haha lawak sangat, so sweet part last tu. Bahagia tengok abe joe dengan wife, nampak serasi sangat.. “
” Haha mengekek gelak tengok Fizo dengan Fazeera ni. Jangok ooo janggut haha, yang penting confident.. “
” Kelakar dan menghiburkan, seronok pulak tengok haha. Haha tk sangka bro fizo pon nmpk padu naw gelagat lucu waktu performance video.. “

Dalam bersuka ria, banyak juga perkataan baru yang dapat sama-sama dipelajari. Walaupun bunyinya ada yang kelakar, namun itulah uniknya loghat sesebuah negeri. Apa-apa pun, semoga ada lagi video sebegini pada waktu akan datang daripada Fizo.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Fizo Omar, IG Ffezranesry
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dulu selalu tengok Rina makan, sekarang tengok Rian pula.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen

