Artis / Selebriti
” Mengekek dengar lirik lagu papa ni. Ammar buat muka tak ada perasaan, haha.. ” – Komen Netizen
Video Dato’ Aliff Syukri menyakat Ammar Ahyan selepas mendengar ucapan birthday yang dihantar oleh Cik B buat warganet terhibur. Habis rosak lagu Inteam, Papa tukar lirik jadi lagu pengantin baru khas untuk Ammar dengan Cik B. Sekali, macam tu Ammar palau Papa dia, haha..
Dalam membina keyakinan anak-anaknya untuk menjual secara live, Dato’ Aliff Syukri banyak membuat live bersama anak sulungnya, Ammar Ahyan. Setiap kali anak dan ayah ini live, pastinya ramai yang mengikuti live mereka sehingga mencecah 20 ribu tontonan.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Oobininie, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan live Dato’ Aliff dan Ammar. Memandangkan birthday Ammar baru sahaja diraikan, sahabat baiknya, Cik B iaitu anak kepada Dato’ Seri Vida tidak ketinggalan memberikan ucapan kepada Ammar.
Menerusi video ini, Ammar bercerita mengenai Cik B dan menunjukkan kepada papanya itu video wish yang Cik B hantarkan kepadanya. Excited Dato’ Aliff melihat video tersebut dan spontan menaip ‘terima kasih bakal menantu papa’ . Ammar yang serius wajahnya ini sesekali tersenyum dengan perangai papanya itu.

Tidak cukup dengan itu, Dato’ Aliff menyanyikan lagu nasyid Inteam, namun liriknya ditukar sesuka hati menjadi lagu pengantin baru untuk Ammar dan Cik B. Terhibur warganet mendengar lirik Dato’ Aliff itu. Ammar pula melayan sahaja kerenah papanya.
Jom tonton video di bawah :
@oobininie #terlajaklaris #datoaliffsyukri #dherbs #fyppppppppppppppppppppppp #fyp #live
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Jahat lah papa, suka betul menyakat Ammar haha.. Muka Amayan statik je ya, mcm tu je dia ubah topik, kita jual jeruk jom.. “
” Hahahahahahah sensitif betul soalan “nanti amayan nak suruh cik b pakai tudung tak?” .. Teringin btul dato nk berbesan dgn dato vida.. “
” Aku rasa macam tengok drama kampung people. family semua random je.. Pandai papa nk trick amayan dengan soalan cikb tu.. “
” Bapak dia main bantai je eh lirik, sukahati dia je.. cmne amaryan boleh serius gituu je muka nya.. dah dekahhh aku ni.. “
” Weh aku sakit perut gelak haha.. ya Allah… dipalau macam tu je bapak nya. jom jual jeruk abah…. dgn muka slamber nye… haha tk bole la aku.. “
” Papa gosipkan Amayan dengan cik b haha.. Letihlah macam ni hari2 ketawa tengok gelagat 2 beranak ni. Abahnya yg over kelakar anaknya takde perasaan nak ketawa ke. abah kau tu kelakar gila tau tak.. “
” Kompang dipalu dengan cik b, haha adoi tak larat gelak.. blh pulak bapaknya kenen kan dgn cik b.. Dia tau mcm mane nk pusing abah dia. Sebut je jual jeruk terus cancel nyanyi haha.. “
” Aku mengekek dengar lirik lagu papa ni, dengan amayan buat muka tak de perasaan haha.. lawak papa nak jodohkan amayan dengan cik b betul ni.. bapak kau dah setuju tu amayan haha.. “
Terhibur melihat Ammar melayan perangai ‘masuk air’ papanya itu. Berkenan sungguh Dato’ Aliff dengan Cik B, bakal menantu papa katanya. Apa-apa pun, gurauan anak dan ayah ini menghiburkan dan semoga pembaca juga terhibur melihat video perkongsian ini.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Oobininie, Tiktok Modelista, IG Cik B
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Uwais antara anak yang jarang meminta. Tapi kalau sekali dia minta, memang harganya yang.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ini ialah video permohonan maaf sebab aku rasa aku baca.. ” – Aidid Marcello
-
Artis / Selebriti3 days ago” Melopong CP Sarimah tengok Hadie nyanyi lagu Jamilah. Auto in character jadi sopan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Belum makeup pun dah macam Tokti. Sekali makeup, fuh cantik betul. Tokti versi kurus sikit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kesian orang Melaka kena fitnah dengan Rina.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lah perangai kelakar mak dia jugak. Ceria macam mak dia. Blur tu comel je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Adeh belana la daddy, orang punya lah rahsiakan. Macam tu je Shuib reveal eh, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka tahan tapi suara tak boleh tahan. Sumpah lawak, haha.. ” – Komen Netizen


